"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Mayat wanita dalam tangki air kuarters universiti

Agensi
MAYAT wanita ditemui dalam tangki air di Gautam Buddha University. FOTO Agensi
MAYAT wanita ditemui dalam tangki air di Gautam Buddha University. FOTO Agensi
New Delhi: Polis menemui mayat seorang wanita dalam tangki air di kuarters kakitangan Universiti Gautam Buddha, di Greater Noida, Uttar Pradesh, pada Ahad.

Pihak berkuasa mengesyaki suami dan ibu mentua mangsa terbabit dalam kes itu kerana menghilangkan diri sejak pagi Isnin.

IndiaToday melaporkan, siasatan awal mendapati suami wanita itu bekerja di Jagannath Gupta Institute of Medical Sciences and Hospital (JIMS) dan sudah lama tinggal di kuarters kakitangan berkenaan bersama ibunya.

Menurut jiran, wanita dan suaminya sering bergaduh.

Pada malam Ahad, berlaku pergaduhan antara pasangan itu dan lelaki itu berkemungkinan mabuk.

Polis mengesyaki lelaki berkenaan membunuh isterinya selepas bergaduh, dan melarikan diri bersama ibunya.

Operasi mengesan kedua-dua individu itu sedang dijalankan.

Pesuruhjaya Bersama Polis (Undang-undang dan Ketenteraman), Shivhari Meena memberitahu India Today TV, polis dimaklumkan mengenai penemuan mayat itu pada Isnin.

"Kami sudah bercakap dengan jiran mereka dan satu pasukan sudah dibentuk untuk mengesan dan menangkap lelaki itu serta ibunya.

"Kes sedang disiasat dari segala sudut," katanya.

Tiada ulasan: