"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Dah ada yang mati dihempap pokok tumbang baru nak terhegeh-hegeh Buat peraturan

Tumbang: Garis panduan pelihara ‘pokok tua’ akan dibentuk
Mohd Farhan Darwis

Dr Zaliha Mustafa berkata pokok di sekitar ibu negara memang dipantau namun garis panduan khusus perlu dirangka.

DBKL akan salur bantuan kepada mangsa terjejas dalam insiden pokok tumbang di Jalan Sultan Ismail, petang tadi.
PETALING JAYA: Garis panduan khusus pemeliharaan ‘pokok tua’ di sekitar ibu negara akan dibentuk bagi mengelak kecelakaan pada masa akan datang, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan) Dr Zaliha Mustafa.

Beliau berkata kebanyakan pokok di ibu kota mempunyai risiko tinggi mendatangkan kecederaan disebabkan usia dalam lingkungan 50 hingga 80 tahun.

“Buat masa ini pokok ini atas pemantauan oleh syarikat swasta dan kita melihat mungkin ada keperluan untuk lihat garis panduan kepada pemeliharaan pokok di sekitar KL supaya boleh elak kecelakaan pada masa depan.

“Kalau kita lihat, ini pokok yang dah lama. Kebanyakan pokok di kawasan Kuala Lumpur banyak (pokok) lama (berusia) lebih 50 tahun,” katanya ketika melawat lokasi kejadian pokok tumbang petang tadi, yang mengakibatkan satu kematian.

Risiko pokok tumbang juga semakin tinggi disebabkan keadaan cuaca tidak menentu, katanya.

“Saya rasa memang sudah tiba masanya dalam keadaan cuaca tidak menentu, walaupun kita nampak memang (keadaan) pokok (kelihatan masih) tegap, tapi kita perlu ada garis panduan untuk kita memastikan pokok yang dah tua kita lakukan sesuatu untuk keselamatan kepada pengguna jalan raya dan sekitar,” katanya.

Zaliha berkata sekarang ini terdapat syarikat swasta mengawal selia pokok besar di sekitar ibu negara dan mereka turut menjalankan pemantauan rapi secara berkala.

Selain itu, Zaliha berkata DBKL akan menyalurkan bantuan kepada mereka yang terjejas disebabkan kejadian pokok tumbang di Jalan Sultan Ismail, petang tadi.

Dilaporkan, sebanyak 17 kenderaan terlibat dalam kejadian pokok tumbang susulan hujan lebat.

Zaliha menjangkakan proses pembersihan kawasan kejadian akan selesai malam ini.

Tiada ulasan: