"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Saksi: Dengar dentuman, kemudian pokok hempap kenderaan

Raja Noraina Raja Rahim
rnoraina@hmetro.com.my
Gambar kejadian pokok tumbang di Jalan Sultan Ismail yang dikongsi saksi, Adey Iskandar Jalaluddin, 47. - Foto ihsan pembaca
Gambar kejadian pokok tumbang di Jalan Sultan Ismail yang dikongsi saksi, Adey Iskandar Jalaluddin, 47. - Foto ihsan pembaca
KUALA LUMPUR: "Saya dengar dentuman yang kuat sebelum nampak sebatang pokok tumbang menghempap beberapa kenderaan," kata saksi kejadian pokok tumbang, Adey Iskandar Jalaluddin, 47.

Pegawai bank itu berkata, ketika kejadian jam 2 petang, dia berada di pejabatnya yang terletak berhampiran lokasi di Jalan Sultan Ismail.

Terkejut dengan kejadian itu, katanya, dia segera keluar pejabat untuk ke lokasi dan melihat orang awam sedang membantu mengeluarkan dua tiga mangsa di bawah pokok.

"Pokok itu tumbang di laluan utama dan ketika itu difahamkan kereta sedang berhenti kerana lampu isyarat merah.

"Saya tidak pasti sama ada masih ada yang terperangkap atau tidak kerana bomba sedang jalankan kerja memotong pokok," katanya kepada Harian Metro.

Sementara itu, jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kuala Lumpur mengesahkan kejadian dan akan mengeluarkan kenyataan.

Menurut Adey, terdapat sekurang-kurangnya sembilan kenderaan yang terperangkap bawah pokok tumbang itu.

Terdahulu, Pusat Info Trafik dan Kawalan Lampu Isyarat Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (KLCCC DBKL) melaporkan, sebatang pokok tumbang di Jalan Sultan Ismail.

Kejadian mengakibatkan laluan kedua-dua hala ditutup sementara.

Tiada ulasan: