"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Individu ‘berani mati’ kaitkan dua parti kerajaan terlibat insiden pemain bola sepak

SITI NUR ZAWANI

Seorang individu menjadi sasaran kecaman selepas cuba menimbulkan persepsi bahawa parti politik dalam kerajaan terlibat insiden khianat terhadap tiga pemain bola sepak negara.

Individu itu dalam hantaran di X menyebut dua nama parti di dalam Pakatan Harapan, mempersoal apa motif parti tersebut berbuat demikian.

“Saya menghidu sesuatu yang tidak kena.

“Mungkin menteri dan timbalan menteri dari DAP dan PGayR (PKR) membayar pelaku-pelaku kejadian samun, simbah asid dan pecah cermin kereta pemain-pemain bola sepak.

“Atas apa sebenarnya motif mereka berdua nak melakukan perbuatan terkutuk tersebut?,” kata pemilik akaun @DDanial03

Hantaran itu bagaimanapun tidak dapat dikesan, dipercayai dipadam selepas orang ramai menyebut nama PDRM dan MCMC di ruangan komen untuk dakwaan itu disiasat.

Bagi penyokong kerajaan, mereka menyifatkan dakwaan itu satu fitnah besar yang perlu diambil tindakan.

“Ini fitnah besar untuk pimpinan Kerajaan Perpaduan. Harap ada tindakan diambil kepada pemilik akaun @DDanial03,” tulis Amer Hamzah.

Hasil pemerhatian, akaun itu sering mengkritik parti-parti politik baik kerajaan mahupun pembangkang.

Safiq Rahim menjadi mangsa khianat ketiga apabila cermin belakang kenderaan milik pemain bola sepak itu dipecah menggunakan tukul, di Jalan Seri Gelam menghala Pantai Lido, Johor Bahru malam tadi.

Menurut perkongsiannya di akaun Instagram, kejadian tersebut berlaku kira-kira pukul 10.05 malam ketika beliau selesai mengambil barang di Pusat Latihan JDT Seri Gelam.

3 Mei lalu, pemain Terengganu FC (TFC), Muhammad Akhyar Abdul Rashid, cedera dipukul dengan sebatang besi boleh laras oleh dua lelaki dalam kejadian bermotifkan samun di sebuah apartmen.

Kemudian, pemain Selangor FC, Faisal Halim pula disahkan melecur tahap empat terkena simbahan asid, di pusat beli-belah Petaling Jaya, pada 5 Mei.

Tiada ulasan: