"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Lelaki kena ‘lock leher’ selepas salam kerana rapatkan saf

MOHAMAD NAUFAL MOHAMAD IDRIS

PETALING JAYA – Seorang ahli jemaah warga emas sebuah masjid dipercayai di Shah Alam didakwa mencekik seorang jemaah lain yang masih muda gara-gara merapatkan saf sehingga bersentuh kaki.

Dalam sebuah video, seorang lelaki, Anas Tahir menceritakan perkara itu turut terkejut apabila kejadian itu berlaku dekat dengan tempatnya yang turut mendirikan solat maghrib di dalam masjid terkenal berkenaan.

“Baru selesai solat, masa imam mula wirid tiba-tiba seorang jemaah bertindak ‘lock leher’ seorang jemaah lain kerana marah rapatkan saf, terkejut saya,” jelasnya dalam video itu.

Tambah Anas, budak tersebut tidak memberi sebarang reaksi balas terhadap tindakan yang dilakukan oleh ahli jemaah masjid itu.

“Budak itu rapatkan saf ketika solat dan kakinya tersentuh dengan kaki ahli jemaah berkenaan, lalu mengundang kemarahan lelaki berkenaan, lalu dicekik budak muda selepas imam bagi salam”.

“Cara dia cekik itu pun bukan biasa siap boleh lock lagi tu sampai boleh tergeliat tangan,” ujarnya dalam video terbabit.

Kata Anas, dia memuji lelaki muda itu kerana tidak melawan lelaki warga emas itu ketika berada dalam masjid itu.

“Saya respect (hormat) budak muda itu kerana tidak lawan lelaki lebih tua, penyabar sungguh anak muda itu,” jelasnya.

Kata Anas lagi, budak muda yang dicekik itu memang ahli jemaah yang sering kelihatan di masjid itu dan kejadian berkenaan juga merupakan ujian kepada warga emas yang melakukan kejadian (cekik) dalam rumah ibadat. – KOSMO! ONLINE

Tiada ulasan: