KOSMO
Walaupun suka memasak, namun Muluwork tidak pernah merasa lapar. - DREW BINSKY
ADDIS ABABA, Ethiopia – Seorang wanita di pedalaman Ethiopia mengaku dia tidak makan atau minum selama lebih 16 tahun, lapor akhbar Daily Star semalam.
Muluwork Ambaw berkata, dia hilang keinginan untuk makan atau minum secara tiba-tiba ketika berumur 10 tahun.
Bagaimanapun, Ambaw masih ingat makanan terakhirnya iaitu sup kacang merah.
“Dahulu, saya tinggal bersama keluarga dan mereka meminta saya bersarapan sebelum ke sekolah.
“Saya katakan saya sudah makan tetapi saya berpura-pura. Saya hilang selera untuk minum air atau apa-apa makanan,” kata Ambaw.
Selepas tiga tahun menjalani pemeriksaan di ibu kota, doktor-doktor berkata, kesihatan wanita itu baik meskipun dia tidak makan atau minum.
Mereka berkata, tiada sisa makanan, atau bahan buangan di dalam saluran penghadamannya.
Dia turut ke Dubai dan Qatar untuk menjalani ujian kesihatan mental, namun diberitahu bahawa tiada apa yang tidak kena dengan dirinya.
Ambaw diberikan glukosa ketika mengandung bagi membantu menyuburkan bayi di dalam kandungannya tetapi dia tidak dapat menyusukan anak selepas bersalin.
Dia percaya bahawa keadaannya yang luar biasa itu merupakan “takdir Tuhan” dan tidak tahu mengapa ia berlaku. – AGENSI
Tiada ulasan:
Catat Ulasan