"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

PANAS!! Dakwaan calon PN ikuti akaun pelakon porno: Apa kata Muhyiddin?

Harapandaily

Gempar video memuatkan tangkap layar laman sosial peribadi calon Perikatan Nasional (PN), Khairul Azhari Saut yang dilihat mengikuti akaun dipercayai pelakon porno.

Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, penyebaran video berdurasi seminit 12 saat itu di media sosial sebagai serangan politik semata-mata.

Pengerusi PN itu mendakwa ia adalah tohmahan, terutama ketika tempoh berkempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Bharu kini memasuki fasa akhir.

Menurutnya, penyebaran video itu bagaimanapun tidak akan menjejaskan sokongan pengundi terhadap Khairul Azhari, mahupun perjalanan kempen yang berbaki kurang 48 jam.

“Dalam tempoh ini, macam-macam orang boleh buat. Kita tidak mudah terpedaya hanya kerana orang cerita begitu dan sebagainya.

“Orang mahu buat fitnah, benda tak ada diada-adakan. Saya tidak fikir pengundi harus terjebak dengan hal sebegitu dan fikir secara matang.

“Sudah hampir dua minggu kempen berjalan, segala maklumat (sudah disampaikan) dan kita pun sudah minta calon memperkenalkan diri. Rekodnya baik dan tidak isu yang disebutkan.

“Justeru, ini saya fikir adalah sebahagian tohmahan dan fitnah sebab mereka rasa tergugat dengan keadaan mungkin rasa sukar untuk menang kerana calon kita adalah calon yang baik,” kata Muhyiddin lagi.

Tiada ulasan: