"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Gila!! Tergamak seorang ibu campak anak dalam sungai lubuk buaya

KOSMO
Kejadian berlaku di kampung Halamadi di Dandeli taluk pada malam Sabtu. - HINDUSTAN TIMES
NEW DELHI – Seorang wanita berumur  26 tahun ditahan selepas mencampakkan anak lelakinya yang berumur  enam tahun dan kurang upaya pertuturan ke dalam sebatang sungai dipenuhi buaya selepas dia bertengkar dengan suaminya, kata polis semalam. 

Laman berita Wionews melaporkan, kejadian berlaku di daerah Dandeli, negeri Karnataka di selatan India kelmarin.

Menurut polis, pasangan suami isteri itu sering bertengkar mengenai kecacatan yang dialami anak sulung mereka sejak lahir. Mereka juga mempunyai seorang lagi anak lelaki berumur  dua tahun. 

“Suami Savitri (suspek) yang dikenali sebagai Ravi Kumar, kerap mempersoalkan mengapa isterinya  melahirkan anak sedemikian dan mendesak wanita berkenaan membuang kanak-kanak itu,” kata polis.

Selepas mereka bertengkar sekali lagi petang kelmarin, suspek yang kecewa bertindak membuang anaknya ke dalam saluran pembentungan yang bersambung ke Sungai Kali. Sungai berkenaan dipenuhi buaya.

Seorang pegawai polis berkata semalam bahawa mereka telah menemui mayat kanak-kanak itu. 

“Mangsa mengalami kecederaan parah, kesan gigitan di seluruh badan dan sebelah tangannya hilang akibat dibaham buaya. Mayat kanak-kanak berkenaan dihantar untuk bedah siasat bagi mengenal pasti punca sebenar kematian,” katanya. 

Polis masih menjalankan siasatan berhubung kematian kanak-kanak lelaki itu. –  AGENSI

Tiada ulasan: