Alias Abd Rani
am@hmetro.com.my
Tertuduh, Muhammad Hafizin (depan), Amirul (baju T merah) dan Shahran (baju T kelabu) dibawa keluar dari Mahkamah Sesyen Muar kerana merogol remaja. FOTO Alias Abd Rani
Muar: Tiga rakan karib mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen, di sini, hari ini atas pertuduhan merogol kenalan secara bergilir-gilir hingga melahirkan anak di tiga lokasi di Kluang, lima tahun lalu.
Tertuduh pertama, Shahran Abd Ghapar, 24; Muhammad Hafizin Ahmad Johari, 22 (tertuduh kedua) dan Amirul Hakeem, 22, (tertuduh ketiga) membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibaca secara berasingan di hadapan Hakim Abu Bakar Manat.
Shahran yang bekerja pembantu warung berhadapan dua pertuduhan merogol mangsa berusia 15 tahun ketika kejadian di rumahnya dan juga rumah tertuduh ketiga sekitar 2019.
Penjual nasi lemak Muhammad Hafizin pula didakwa merogol mangsa sama di rumahnya dalam daerah sama antara September hingga Oktober 2019.
19 penuntut UPNM dibicara bersama
November 13, 2017 @ 7:04pm
Manakala Amirul Hakeem, pemilik bengkel motosikal dituduh melakukan perkara sama di rumahnya sekitar Disember tahun sama.
Ketiga-tiga tertuduh didakwa mengikut Seksyen 376 (1) Kanun Keseksaan.
Pendakwaan dilakukan Timbalan Pendakwa Raya Danial Munir, manakala Shahran dan Amirul diwakili peguam Mohd Razak Sharif sementara Muhammad Hafizin tidak diwakili peguam.
Shahran dikenakan ikat jamin sebanyak RM10,000 untuk dua pertuduhan, manakala Muhammad Hafizin dan Amirul Hakeem masing-masing RM6,000 bagi setiap pertuduhan.
Mahkamah mengarahkan kesemua tertuduh melapor diri di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kluang setiap awal bulan dan tidak mengganggu mangsa atau saksi pendakwaan sehingga kes selesai.
Abu Bakar kemudian menetapkan 10 Jun ini untuk sebutan semula.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan