"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Kapal kargo milik Israel berlabuh di Pelabuhan Klang?

The Merdeka Times
  • Sebuah kapal kargo milik syarikat Israel didakwa berlepas dari Malaysia minggu lalu, kurang lima bulan selepas Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan semua kapal milik negara zionis itu dilarang menggunakan pelabuhan di negara ini sebagai tanda solidariti kepada rakyat Palestin, demikian lapor MalaysiaNow pada Jumaat.
  • Laporan itu berdasarkan semakan portal media terbabit menerusi  Marine Traffic, aplikasi mengesan pergerakan perkapalan antarabangsa.
  • Kapal kargo ZIM Rotterdam dimiliki syarikat Israel Zim Integrated Shipping Services, didapati berlabuh di Pelabuhan Klang pada 29 April lalu, sebelum berlepas sehari kemudian menuju ke Pelabuhan Shantou, China.
  • Semalam, Anwar dilaporkan menegaskan kerajaan sama sekali tidak akan membenarkan mana-mana syarikat yang berdaftar di Israel untuk melakukan sebarang aktiviti di negara ini.
  • Beliau berkata dua syarikat didakwa membekalkan senjata kepada rejim zionis iaitu Lockheed Martin dan BAE System tidak berdaftar di Israel sepertimana syarikat perkapalan ZIM.
KUALA LUMPUR — Sebuah kapal kargo milik syarikat Israel didakwa berlepas dari Malaysia minggu lalu, kurang lima bulan selepas Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan semua kapal milik negara zionis itu dilarang menggunakan pelabuhan di negara ini sebagai tanda solidariti kepada rakyat Palestin, demikian lapor MalaysiaNow pada Jumaat.

Laporan itu berdasarkan semakan portal media terbabit menerusi  Marine Traffic, aplikasi mengesan pergerakan perkapalan antarabangsa.

Kapal kargo ZIM Rotterdam dimiliki syarikat Israel Zim Integrated Shipping Services, didapati berlabuh di Pelabuhan Klang pada 29 April lalu, sebelum berlepas sehari kemudian menuju ke Pelabuhan Shantou, China.

ZIM Rotterdam, dengan nombor Organisasi Maritim Antarabangsa (IMO) 9398450, berlayar menggunakan bendera negara Afrika, Liberia.

Penemuan itu dijangka menimbulkan persoalan sama ada pihak berkuasa Malaysia gagal menguatkuasakan larangan serta-merta dan kekal seperti diumumkan Anwar pada Disember 2023.

Larangan itu sebelum ini menyaksikan 4,000 kontena kargo transit milik syarikat perkapalan berpangkalan di Israel, ZIM dilaporkan terkandas di Pelabuhan Klang.
Foto: Laluan digunakan ZIM Rotterdam dikesan menggunakan Marine Traffic oleh MalaysiaNow
Semalam, Anwar dilaporkan menegaskan kerajaan sama sekali tidak akan membenarkan mana-mana syarikat yang berdaftar di Israel untuk melakukan sebarang aktiviti di negara ini.

Beliau berkata dua syarikat didakwa membekalkan senjata kepada rejim zionis iaitu Lockheed Martin dan BAE System tidak berdaftar di Israel sepertimana syarikat perkapalan ZIM.

Katanya, kelulusan berhubung syarikat ZIM diperolehi sejak 2002, sebelum beliau mengambil keputusan untuk membatalkan mana-mana kapal syarikat tersebut berlabuh di perairan negara ini. 

Terbaharu, terdapat dakwaan bahawa dua syarikat yang menyertai pameran Defence and Service Asia (DSA) dan NATSEC Asia 2024 iaitu Lockheed Martin dan BAE System dikatakan merupakan pembekal senjata besar kepada rejim zionis yang sedang melakukan genosid ke atas rakyat Palestin. — The Merdeka Times

Tiada ulasan: