"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Songlap dana bantuan RM78,000, 2 petugas JKM dipenjara 7 hari

FMT Reporters

PETALING JAYA: Dua penolong pegawai kewangan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Raub masing-masing dipenjara tujuh hari dan didenda RM10,000 selepas mengaku salah melakukan pecah amanah dana bantuan berjumlah RM78,000 kira-kira empat tahun lalu.

Sinar Harian melaporkan Hakim Mahkamah Sesyen Kuantan, Sazlina Safie turut memerintahkan Tengku Ashraf Shah Tengku Yahya dan Zuriani Abdul Rahim@ Abdul Rahman, kedua-duanya berusia 41 tahun, menjalani hukuman penjara dua bulan, jika gagal membayar denda.

Mereka didakwa mengemukakan penyata agihan bantuan am kepada 20 penerima dari Jun 2020 hingga Februari 2021 kepada ketua cawangan JKM daerah Raub, tetapi bantuan itu tidak diterima penerima terbabit.

Kedua-duanya didakwa mengikut Seksyen 417 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara sehingga lima tahun atau denda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Tiada ulasan: