"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Adik presiden Umno, Zahid Hamidi sertai PAS

 Malaysiakini 
story-image
Adik kepada Presiden Umno, Ahmad Zahid Hamidi secara rasmi menyertai PAS hari ini selepas menyerahkan borang keahlian kepada presiden parti itu, Abdul Hadi Awang di Ibu Pejabat PAS di Kuala Lumpur.

Penyertaan Abdul Hakim Hamidi ke dalam parti Islam itu diumumkan oleh Yang Dipertua PAS Bagan Datuk, Mohd Misbahul Munir Masduki.

"Hari ini dalam sejarah. Adik presiden Umno, Zahid Hamidi telah menyertai PAS secara rasmi. Alhamdulillah," kata Mohd Misbahul dalam satu rakaman video yang dimuat naik di Facebook PAS Parit Buntar.

Turut kelihatan dalam video itu ialah Ahli Parlimen Bachok, Mohd Syahir Sulaiman.

Difahamkan, Hakim yang merupakan bekas ahli Umno, memohon menyertai PAS sebagai ahli seumur hidup.

Pada 2016, Hakim menjadi tajuk berita apabila dia mengumumkan bahawa syarikatnya tidak lagi berurusan dengan kerajaan. Ahmad Zahid pada ketika itu berkhidmat sebagai timbalan perdana menteri dan menteri dalam negeri.

Tiada ulasan: