"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Mati ditikam kerana berebut parkir

KOSMO

NEW DELHI – Seorang lelaki di India ditahan kerana menikam seorang pemilik kedai gara-gara tidak berpuas hati semasa mereka berebut tempat letak kenderaan, lapor stesen penyiaran NDTV semalam. 

Kejadian berlaku di bandar Srinagar, wilayah Jammu dan Kashmir semalam. 

Seorang pegawai tempatan berkata, suspek yang bernama Zareef Ahmed Mir menikam mangsa semasa merebut parkir berhampiran kedai mereka. 

“Mangsa disahkan meninggal dunia sebaik tiba di Hospital Shri Maharaja Hari Singh (SMHS) untuk menerima rawatan. 

“Suspek ditahan dan polis turut merampas pisau yang digunakan semasa kejadian,” tambahnya. 

Siasatan lanjut sedang giat dijalankan. – AGENSI

Tiada ulasan: