"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Banjir: 3 penduduk cemas berpaut pada pokok

NORLIDA AKMAR IDROS
Anggota bomba menyelamatkan tiga mangsa yang berpaut pada pokok selepas rumah mereka di Kampung Haji Abas, Baling dilanda banjir kilat, awal pagi ini. - Foto JBPM KEDAH
BALING – Tiga orang termasuk seorang wanita warga emas terpaksa berpaut di atas pokok selepas rumah mereka di Kampung Haji Abas, di sini dilanda banjir kilat dengan arus deras, awal pagi ini.

Komander Operasi Kanan Zon 3 Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Kedah, Penguasa Bomba Mohamad Sofi Abdul Wahab berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung operasi menyelamat mangsa banjir di kampung tersebut pada pukul 3.57 pagi.

Katanya, ketika melakukan operasi memindahkan mangsa banjir, pihaknya menerima satu lagi panggilan untuk menyelamatkan tiga mangsa iaitu dua lelaki dewasa dan seorang wanita warga emas yang terperangkap di atas pokok.

“Anggota bertindak mengharungi air yang agak deras menggunakan sistem tali dengan kelengkapan pakaian perlindungan keselamatan (PPE) untuk menyelamatkan mangsa.

“Kedalaman air bah adalah antara 0.5 meter hingga 1.5 meter dan terdapat beberapa kawasan air deras disebabkan faktor hujan berterusan,” katanya di sini, hari ini.

Tambahnya, semua mangsa berjaya diselamatkan dan dihantar ke pusat pemindahan sementara berdekatan.

Sementara itu, katanya, operasi memindahkan mangsa masih dilakukan sehingga kini termasuk di mukim Kupang, di sini.

“Kita menerima panggilan mengenai mangsa banjir di Kupang pada pukul 9.29 pagi tadi dan setakat ini kita berjaya memindahkan lima orang termasuk pesakit strok, warga emas dan kanak-kanak. – KOSMO! ONLINE

Tiada ulasan: