"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Lelaki maut dihempap pokok ketika angin kencang, ribut

Zuliaty Zulkiffli
am@hmetro.com.my
MOHD Rizal (gambar kecil) maut dihempap pokok tumbang. Gambar kanan, anggota bomba melakukan kerja pembersihan. FOTO Ihsan Bomba
MOHD Rizal (gambar kecil) maut dihempap pokok tumbang. Gambar kanan, anggota bomba melakukan kerja pembersihan. FOTO Ihsan Bomba
Sik: Seorang lelaki ditemukan meninggal dunia dipercayai dihempap pokok tumbang ketika menunggang motosikal seorang diri di Kampung Bandar Hilir, di sini hari ini.

Mangsa yang meninggal dunia, Mohd Rizal Aziz, 47, dari Kampung Tanjung Besar, Mukim Teloi, di sini.

Difahamkan, isteri mangsa yang tiba di lokasi dipercayai hampir pengsan selepas mengetahui kejadian itu menimpa mangsa.

Ketua Polis Daerah Sik Deputi Superintendan Abdull Razak Osman berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kejadian itu pada 6 petang tadi ketika ribut dan angin kencang melanda daerah ini.

"Polis, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Sik bersama pasukan Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sik terbabit memberi bantuan dengan melakukan kerja pembersihan dan kawalan lalu lintas di lokasi kejadian

"Pegawai perubatan yang tiba di lokasi kejadian mengesahkan mangsa sudah meninggal dunia di tempat kejadian dan mayat mangsa dihantar ke Hospital Sik untuk tindakan lanjut," katanya ketika dihubungi hari ini.

Katanya, mangsa dikatakan bekerja sebagai pengawal keselamatan di Sekolah Kebangsaan (SK) Jeniang dan kejadian berlaku ketika dia hendak pulang ke rumah di Jalan Kubur, Bandar Hilir.

Sementara itu, Ketua BBP Sik Zulkhairi Mat Tanjil berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kejadian itu pada 5.57 petang.

"Kami menggunakan gergaji untuk memotong dahan pokok dan menyerahkan mangsa kepada polis untuk tindakan lanjut," katanya.

Tiada ulasan: