"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

‘Pak belang’ baham suami depan isteri di Gerik

FMT Reporters

Mangsa diserang harimau itu ketika keluar dari rumah kongsi menuju ke tandas.

Mayat mangsa dijumpai dalam keadaan parah pada kaki kiri dan leher akibat diserang harimau.
PETALING JAYA: Seorang wanita menyaksikan suaminya maut dibaham harimau, dalam kejadian di rumah kongsi berdekatan kawasan hutan dekat Bersia, Gerik.

Mangsa berusia 54 tahun itu diserang haiwan pemangsa itu sekitar 6 pagi tadi tadi ketika keluar ke tandas.

Ketua Polis Perak Azizi Mat Aris, berkata mayat mangsa dijumpai dalam keadaan parah pada kaki kiri dan leher kira-kira 12 tengah hari tadi, kira-kira 100m dari rumah kongsi.

Beliau berkata, maklumat kejadian serangan harimau yang berlaku di KM79.2 Jalan Raya Timur Barat (JRTB) Gerik-Jeli, itu diterima oleh pusat kawalan IPD Gerik, kira-kira 8.25 pagi tadi.

“Seorang lelaki tempatan telah dibaham harimau ketika hendak ke tandas di rumah kongsi Bagan Balak di KM79.2 JRTB Gerik-Jeli dengan perkara itu disaksikan seorang wanita warganegara Thailand yang juga isteri mangsa.

Kejadian dipercayai berlaku antara 5 hingga 6 pagi tadi, yang mana semasa mangsa sedang ke tandas, pengadu (isterinya) terdengar bunyi harimau mengaum dan membuka pintu rumah kongsi mereka sebelum melihat seekor harimau mengheret mangsa ke arah semak, katanya menurut Berita Harian.

Azizi berkata, kes diklafikasikan sebagai mati mengejut dengan mayat mangsa dibawa ke Unit Forensik Hospital Gerik bagi proses bedah siasat.

Tiada ulasan: