"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Remaja lempar batu ke tingkap bas dibelasah

KOSMO
Tangkap layar menunjukkan dua remaja lelaki itu dibelasah oleh penduduk tempatan. - Instagram
JAKARTA – Perbuatan dua pemuda di Garut, wilayah Jawa Barat yang selamba melempar batu ke arah tingkap sebuah bas sehingga retak, mengundang kecaman orang ramai, lapor laman berita Tribunnews semalam. 

Rakaman yang dimuat naik di platform Instagram oleh akaun @bandungterkini menunjukkan dua remaja tersebut dibelasah oleh pemandu bas dan penduduk tempatan.

Kedua-dua mereka tertunduk malu dan cuba menutup muka menggunakan tangan ketika gambar mereka dirakam.

Lebih mengejutkan apabila salah seorang remaja tersebut memberitahu bahawa perbuatan melempar batu itu hanya gurauan. 

Rakaman itu mencatatkan lebih 31,300 tontonan dan menimbulkan pelbagai reaksi daripada netizen. 

“Atlet lempar batu bertarung dengan atlet tinju jalanan,” sindir seorang netizen. 

“Terbaik pemandu bas!” komen netizen lain. – AGENSI

Tiada ulasan: