"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

MB Haram Dah Naik Angin

Murkanya seorang mamak

Tiba-tiba sahaja mamak Zamry begitu murka kepada YB Idham Lim apabila diajukan soalan oleh pemberita mengenai kerusi speaker di DUN Perak telah dijampi oleh bomoh. Bukan kepalang murkanya sehinggakan apa yang aku dengar melalui berita larut malam TV1, menguatkan anggapan aku bahawa mamak Zamry ni perangainya lebih teruk dari UMNO lagi.

Semua kata-kata nista dan sumpah seranah dikeluarkan oleh beliau terhadap YB Idham Lim. Cukup kesian kepada UMNO Perak dan penyokong mereka yang mempunyai Ketua Perhubungan bermulut celupor. Apatah lagi amat memalukan rakyat Perak  yang mempunyai ketua perampas yang mempunyai mulut besar seperti beliau. Kita perhatikan sejak persidangan DUN Perak lagi, mulut besar beliau terus menghina dengan perkataan yang kesat terhadap pimpinan PR.

Idham telah mebuat kenyataan akhbar, sudah tentu Idham mempunyai alasan dan bukti kukuh mengenainnya.

Di bawah ini diperturunkan kenyataan akhbar YB Idham LIM, ADUN Titi Serong selaku Pengerusi Kelab Penyoong Kerajaan Pakatan Rakyat Perak.

IPOH, 3 Mei :- Ekoran dari 5 kediaman ADUN Pakatan Rakyat “diganggu” oleh pihak keselamatan, satu sidang media dilakukan di pejabat DAP Ipoh oleh Pengerusi Kelab Penyokong Kerajaan Perak Pakatan Rakyat yang juga ADUN Titi Serong, Drs. Khalil Idham Lim pada jam 11.30 pagi tadi.

Selain itu Sidang Media itu juga dihadiri oleh Exco Kerajaan Perak pakatan Rakyat, Hj. Zainuddin Yusuf dan Thomas Su.Manakala ADUn yang hadir ialah, Chang Lih kang (Teja),Chan Ming Kai (Simpang Pulai), Loke Chee Yan (Kepayang) dan Lim Phek Her(Mengelembu)

Berikut ini adalah Kenyataan Media ADUN Titi Serong..

Setakat ini ADUN Pasir Pinji, Mengelembu, Kepayang , Teja dan Buntong telah didatangi oleh sekumpulan pegawai Polis dengan berkenderaan van dan kereta. Mereka mengambil gambar dalam keadaan mencurigakan dan menimbulkan perlbagai persoalan dari ADUN berkenaan, keluarganya dan jiran tetangga.

Oleh itu saya sebagai Pengerusi Kelab Penyokong Kerajaan Negeri Perak Pakatan Rakyat (BBC-PR) yang juga ADUN Titi Serong bersama-sama ADUN PR yang lain menyatakan :-

1.Membantah tindakan semacam “provokasi” untuk menakut-nakutkan ADUN Pakatan Rakyat sebelum Sidang DUN pada 7 Mei depan.

2.Mempersoalkan apakah tujuan rumah ADUN berkenaan dilawati secara tidak diundang dan apakah tujuan gambar dan kehadiran ramai polis.

3. Kami akan sentiasa mematuhi undang-undang yang sedia ada dan sanggup berkerjasama dengan pihak keselamatan tetapi bukan dengan cara “tidak diundang” dan kami tidak tahu menahu dengan kehadiran mereka kalau tidak dimakulum oleh keluarga dan jiran.

4. Apakah kesalahan dan tindakan melanggar undang-undang yang telah dilakukan oleh ADUN Berkenaan ?

5. Pada kesempatan ini saya mempersoalkan tindangan Zambry dab BN membenarkan Dewan Negeri dimasuki oleh “bomoh” untuk menjampi kerusi speaker. Oleh itu saya mendesak Mufti Kerajaan Negeri Perak untuk mengeluarkan fatwa mengenai perkara tersebut.

3 Mei 2009,
Di Ipoh Perak.

DRS. KHALIL IDHAM LIM
Pengerusi Kelab Penyokong Kerajaan Perak
Pakatan Rakyat (BBC-PR)

http://seriiskandar.wordpress.com/

Tiada ulasan: