"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Tok Guru Baru Kembali Daripada Menunaikan Umrah

MB kembali bertugas Rabu ini
Salmah Mat Husain | Foto Rizal Tahir  

PENGKALAN CHEPA, 3 Mei (Hrkh) - Tuan Guru Dato Nik Abdul Aziz Nik Mat akan mulai bertugas semula Rabu ini selepas kembali daripada menunaikan ibadat umrah kira-kira jam 4.10 petang tadi.

Beliau bersama isteri, Datin Tuan Sabariah Tuan Ishak serta anak bongsu Nik Asma' Salsabila menunaikan ibadat umrah sejak 20 April lalu. Turut mengiringinya Setiausaha Sulit Khasnya, Rusdi Abdullah.

Kepulangannya disambut Timbalan Menteri Besar, Dato' Ahmad Yakob, anggota-anggota Exco kerajaan negeri, Dato� Mohd Amar Abdullah, Mejar (B) Md Anizam Abdul Rahman, dan Abdul Fattah Mahmood.

Turut kelihatan Adun Mengkebang, Ustaz Abdul Latif Abdul Rahman dan pemimpin-pemimpin masyarakat.

Menteri Besar kelihatan sihat dan ceria sebaik sahaja melangkah keluar dari pintu kenamaan Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra sambil tersenyum dan bersalaman dengan orang ramai. Sesekali beliau turut melambaikan tangan.Image

Bagaimanapun tiada persidangan media diadakan memandangkan beliau masih kepenatan.

Sementara itu, Ahmad melahirkan rasa syukur di atas kepulangan Tuan Guru Nik Abdul Aziz yang sentiasa dinanti rakyat Kelantan.

"Alhamdulillah kita bersyukur kepada Allah, Tuan Guru begitu sihat dan ceria," ujarnya. 

Tiada ulasan: