"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Salor, Kelantan Bakal Jadi DUN Organik Pertama

Salor,Kelantan, 3 Mei 2009. Kawasan Dewan Undangan Negeri Salor bakal menjadi DUN organik ulung di dunia. Begitulah hasrat yang terbuku di hati Ahli Dewan Undangan Negerinya, YB. Dato’ Haji Husam Musa yang juga Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Kelantan.

Dato’ Haji Husam yang menyandang portfolia sebagai Pengerusi Jawatankuasa Kewangan, Perancangan Ekonomi dan Kebajikan Negeri Kelantan melihat aktiviti pertanian secara organik mempunyai masa depan yang amat cerah kepada penduduk Salor selain daripada menjadikan Salor kawasan hijau yang dengan pencemaran yang minimum.

Berlandaskan matlamat Kebajikan dan Ekonomi, projek pertanian organik bagi DUN Salor ini diletakkan di bawah pertubuhan kebajikan SalorCare. SalorCare adalah sebuah pertubuhan bukan kerajaan yang dinaungi oleh Dato’ Haji Husam sebagai platform untuk aktiviti kebajikan penduduk DUN tersebut.

Salorcare telah menubuhkan sebuah syarikat bernama Sunnah Tani Sdn Bhd (STSB) bagi mengendalikan aktiviti pertanian organik tersebut. Menurut Sdr. Mohd Nuri  Mat Yaakob, Pengarah Eksekutif STSB sebanyak 20 ekar telah diperuntukan di Tunjung bagi dijadikan zon penanaman padi SRI secara organik.

Tapak yang dikendalikan oleh STSB ini, selain bertujuan komersial, ia juga bermatlamat menjadi kawah ilmu bagi penduduk Salor belajar dan memahami kaedah pertanian secara organik.

“Penanaman padi SRI secara organik adalah satu daripada kitaran dalam pelan induk Salor DUN Organik yang dirancang Haji Husam”, kata Mohd. Nuri.

Kitaran tersebut melibatkan pemeliharaan kambing, lembu dan arnab secara organik dimana najis haiwan itu akan digunakan untuk menghasilkan baja organik secara teknik kompos dengan dicampur dari bahan sisa buangan domestik.

Bagi mengetahui lembih lanjut atau menyumbangkan kepakaran kepada projek ini, anda boleh hubungiSdr. Mohd Nuri atau Sdr. Kamarulzaman Abdullah Pejabat DUN Salor atau di talian 09-701 1604

- LINK BERKAITAN : KEJAYAAN LADANG TERNAKAN KELANTAN 
 

Husammusa.com


Tiada ulasan: