"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

UBN Najib Altantuya: Sivarasa dijangka didakwa hari ini

Naib Presiden PKR yang juga ahli parlimen Subang, R Sivarasa dijangka dihadapkan ke mahkamah hari ini berhubung penyertaannya dalam perhimpunan anti-ISA di Kuala Lumpur sabtu lepas.

Beliau telah ditahan reman selama dua hari.

Peguam Puravalen yang mewakili Sivarasa berkata, pelanggannya itu dijangka didakwa atas dakwaan menghasut rakyat dalam ucapannya dekat bangunan Sime Darby di Jalan Raja Laut ketika perhimpunan tersebut.

"Tetapi beliau tidak pun berada dekat bangunan tersebut," kata Puravalen ketika ditemui di balai polis Bukit Jalil.

Puravelan berkata, beliau akan memfailkan semakan penghakiman terhadap perintah reman itu kerana menurutnya tiada sebab untuk menahan pelanggannya.

Sehingga masa ini, 24 orang telah dibebaskan manakala 34 lagi masih ditahan. Upacara nyalakan lilin telah diadakan bagi membantah penahanan berterusan mereka.
-malaysiakini.com-

Tiada ulasan: