Oleh Sofi Wahab
Kezaliman sudah menjadi sifat semulajadi BN maka tidak hairanlah kerajaan BN sanggup melakukan apa sahaja untuk mengekalkan kuasa mereka.
Sebab itulah kerajaan BN sanggup menzalimi rakyat pada himpunan aman mansuhkan ISA semalam mereka menangkap 589 orang rakyat dengan Polis menjadi alat mereka.Dalam sejarah kekejaman BN, mereka bukan sahaja sanggup menangkap, menyiksa dan membelasah rakyat malah kerajaan BN sanggup membunuh rakyat.
Antara rentetan kekejaman kerajaan BN dan penyokongnya ialah :-
1) Membunuh As-Syahid Ustaz Ibrahim Libya dan sahabat-sahabatnya di Kampung Memali. Sehingga sekarang kes ini masih belum diputuskan keputusan perbicaraaannya.
2) Menangkap ratusan rakyat di bawah ISA tanpa bicara sehingga ada yang ditahan dalam jangka masa yang sangat lama
3) Membunuh As-Syahid Othman Talib di Lubuk Merbau semasa Pilihanraya Kecil Parlimen Padang Terap Kedah
4) Pembunuhan Abdul Samad Gol, sehingga kini tidak diketahui siapa pembunuhnya
dan banyak lagi .............
Maka tidak hairanlah jika setakat tangkap dan sumbat rakyat dalam bicara kerana tindakan lebih kejam dari itu pun sanggup mereka lakukan ...........
KERAJAAN PALING ZALIM PUN TAK PERNAH TANGKAP 589 ORG
Kerajaan paling zalim dalam dunia sebelum ini pun tidak pernah menangkap rakyatnya seramainya 589 orang.
Namun inilah yang dilakukan oleh kerajaan BN semalam menangkap rakyat marhaen secara membabi buta tidak kira warga emas, wanita remaja. Semua gara-gara ketaatan kepada kerajaan BN yang zalim.
Rakyat berhimpun secara aman hanya untuk merasakan tidak puas hati terhadap akta zalim ISA dan ingin menghantar memo kepada Yang Dipertuan Agong. Mereka bukannya ingin merusuh, merosakkan harta benda awam dan menganggu ketenteraman awam.
Polis yang bergelar Polis Diraja Malaysia sewajibnya menjaga dan membantu mengawal suasana bukannya menimbulkan provokasi dan menembak gas pemedih mata dan air terhadap mereka.
Lebih teruk lagi Polis bukan sahaja menangkap dan menembak gas serta menyembur air terhadap mereka malah ada yang dipukul dengan belantan.
Lebih teruk lagi Polis bukan sahaja menangkap dan menembak gas serta menyembur air terhadap mereka malah ada yang dipukul dengan belantan.
Inilah balasan Polis terhadap rakyat yang membayar gaji mereka dengan bayaran cukai.
Saya dengan ini menggesa kerajaan BN dan Polis supaya :-
1) Membebaskan rakyat yang ditahan tanpa syarat
2) Memohon maaf kepada seluruh rakyat yang ditahan dan rakyat yang menghadapi kesulitan akibat peristiwa semalam.
3) Membebaskan tahanan ISA serta merta
4) Memansuhkan ISA serta merta
5) Membayar ganti rugi atas juga kerugian yang dialami oleh rakyat yang ditangkap dan peniaga yang tidak dapat berniaga
Tiada ulasan:
Catat Ulasan