"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Tuan Guru Haji Hadi (Demo anti-ISA)

Oleh: haikal79

"FRU di zaman Najib nyata lebih ganas apabila bertindak nekad untuk menangkap dan mencederakan Dato' Seri Tuan Guru Hj. Abdul Hadi sewaktu kami terperangkap di hadapan komplek SOGO .

Alhamdulillah , pihak keselamatan bijak mengawal keadaan dan apa yang lebih mengharukan saya apabila saya sendiri mencadangkan agar Tuan Guru di bawa ke tempat yang lebih lapang , lega dan selamat ,
Tuan Guru jawab : Tidak mengapa , saya bertahan di sini ! sedang suasana agak kritikal dan saya menjangkakan FRU sengaja mensasarkan Tuan Guru yang tentunya mudah diperhati kerana Tuan Guru berpakaian jubah dan serban putih dalam kumpulan semua berpakaian hitam .

5. Saya bimbangkan keadaan Tuan Guru sebab sedari awal lagi sekitar jam 10 pagi , telah terlakar wajah lesu dan tidak sihat di wajah Tuan Guru . Beliau menahan sakit belakang yang beliau alami sejak kemalangan jalanraya tempohari . Saya sendiri tanya beliau : Ayah Chik tidak sihat ke ? Tuan Guru jawab seraya mengangkat kedua - dua tangannya : Ya dan wajahnya berkerut . Lalu macam mana , boleh kah Ayah Chik turun petang ni ? Tuan Guru jawab , Insyaallah !

6. Tuan Guru bersama saya , Cif Komander Yb. Salahuddin Ayub dan ramai lagi pemimpin PAS dan rakan - rakan PKR dan DAP mula turun bergerak dari Pejabat PAS di Jalan Raja Laut menuju Komplek Sogo sekitar jam 1.50 pm . Tuan Guru berjalan gagah sedang beliau menahan sakit menjadikan kami anak - anak muda gagah dan bersemangat waja .

7. Sebaik terperangkap di hadapan Sogo , kami diasak hebat oleh anggoa FRU dan mereka hampir berjaya menjatuhkan Tuan Guru dan kami bergerak ke bahagian sisi Sogo dan berhimpun di situ serta mendengar pidato dari pimpinan dan alhamdulillah deklarasi GMI sempat dibaca oleh Pengerusinya Syed Ibrahim .

8. Sejurus 30 minit kemudian , bermulalah tragedi bersejarah apabila kami diserang oleh 3 buah water canon sebaik sahaja kumpulan kami bergerak ke arah belakang Sogo untuk bergabung dengan kumpulan dari Masjid Negara . Akibat semburan water canon , peserta himpunan terpaksa berselindung di bangunan - bangunan berhampiran . Saya berpimpinan dengan Naib Presiden Dato' Tuan Ibrahim Tuan Man . Saya cuba menyelamatkan beliau setelah memahami Tuan Guru mempunyai pengawal keselamatan peribadi yang terlatih .

9. Malang , huru hara akibat semburan air asid water canon ini sangat dahsyat , akhirnya saya terlepas tangan Dato Tuan Ibrahim , sebaik saya berpusing ke belakang untuk mencapai kembali Dato' Tuan Ibrahim , tiba - tiba satu pancuran air asid dari water canon tepat ke muka saya dan akhirnya saya rebah terguling dan muntah sambil merangkak mencari arah berselindung dari air asid . Tidak disedari , jauh mana saya merangkak , bila saya sedar , saya berada di dalam bangunan kedai di sebelah pertama kompleks .

10. Hanya keluar dari mulut saya , Jahannam UMNO !. Inikah sahaja yang mampu UMNO lakukan untuk berdepan dengan kebangkitan rakyat !

Dewan Pemuda PAS Pusat mengutuk sekeras - kerasnya tindakan tidak bertamaddun pihak polis dalam tragedi ini .
-tranungkite.net-

Tiada ulasan: