H Fansuri | |
"IBRAHIM Libya is the real fighter!" kata saudara Ahmad Lutfi Othman kepada saya pada suatu malam di rumahnya di Ampang. Entah kenapa dan bagaimana dengan tiba-tiba hal itu diangkat menjadi tajuk bualan kami, saya sendiri tidak begitu pasti. 1985 kami sekeluarga berhijrah dari Pengkalan Hulu, Perak, lalu menetap di tempat kini di Kedah. Pengkalan Hulu nama aslinya Keroh adalah tempat yang hampir kepada Baling di mana kami mesti melalui tanah perkuburan Memali ketika balik beraya di kampung. 1985 boleh dikatakan satu tempoh waktu kemuncak di mana ahli-ahli jemaah Islam telah berkobar-kobar semangat mereka berikutan peristiwa pembunuhan Ibrahim Libya itu. Segala kaset ceramah, rakaman video bersepah di rumah bersama timbunan pita rakaman video debat antara Ahmad Deedat dengan paderi Jimmy Swaggart pada ketika itu. Orang tua saya saat itu, amat ligat mendengar ceramah, menghadiri mukhayyam, khemah ibadat anjuran jemaah dan ketika pulang, memang bertimbun segala kaset di rumah. Rakaman pembunuhan ke atas Ibrahim Libya itu diulang-ulang banyak kali di rumah dan saya pun tidak faham kenapakah Ibrahim Libya diperlakukan sedemikian rupa. Fitnah ke atas beliau jangan cakaplah. Memang menimbun fitnah yang tercetak di corong radio, tetuang udara dan televisyen. Nak buat macam mana? Semua media bagai koleksi harta khazanah mak bapak depa! Ruang untuk kita beri penjelasan sikit habuk pun tak dak! Gambaran video tentang kekejaman dan kezaliman askar kerajaan yang merempuh dalam perkampungan itu tidak menumpukan dengan jelas kepada saya mengenai latar belakang Ibrahim Libya, apakah yang dia lakukan sehingga beliau diperlakukan sebegitu rupa. Semua gambaran kisah ini akhirnya tenggelam begitu sahaja ditelan waktu. Saya dewasa dengan campur aduk peristiwa lain hingga pernah menganggap ISA ini masih diperlukan untuk kununnya menjaga keselamatan awam. Sedikit demi sedikit, hasil bualan bersama Ahmad Lutfi, wawancara bersama Abu Urwah dan wawancara bersama Said Zahari telah berjaya mencerahkan pemikiran gelap tentang ISA ini. Maka, bermula era baru melawan ISA sampai mati! Apabila saya tahu kegelapan ISA ini, saya tetap protes secara peribadi terhadap tindakan Anwar yang pada malam beliau ditahan di rumahnya di Damansara dahulu. Pasukan itu datang pada waktu malam dengan lengkap bersenjata. Mereka tendang pintu rumahnya, menyerbu secara kasar saat beliau membuat sidang media. Kata orang, Anwar tidak dijadikan tahanan politik sebaliknya diperlakukan sebagai 'penjenayah'. Tak kisahlah apa sahaja kata-kata orang terhadap Anwar. Saya mungkin salah kerana hal mencari jawapan ini bukanlah suatu hal yang mudah. Kita hanya bercakap mengenai hal yang kita tahu saja. Yang kita samar-samar dan tak tahu itu, kita debatkan kemudian. Perhatikan betul-betul kepada isu menahan orang pada waktu malam dengan kasar. Kalau seseorang itu penjenayah, setidak-tidaknya polis akan membaca pertuduhan ke atasnya sebelum dibawa ke balai untuk soal siasat. Begitu saya difahamkan. Rumusan awal yang saya simpul secara peribadi ialah, DSAI itu hakikatnya tetap tahanan politik dan tuduhan ke atasnya dijadikan sebagai tuduhan yang bukan bersifat politik. Asas rumusan itu ialah.. tahanan dan corak tangkapan terhadap Anwar itu dilakukan pada waktu MALAM dan ia diperlakukan dengan zalim dan kejam sekali. Ingat betul-betul hal yang ingin dijelaskan di sini, iaitu tangkapan itu dilakukan pada waktu MALAM. Insya Allah, nanti akan diceritakan kenapa hal itu amat penting untuk dibincangkan.. ISA warisan Namrud, Fir'aun dan King Herod yang zalim dan kejam! ISA itu lanjutan undang-undang puaka, perundangan drakonian, hukum drakula, unjuran ilham sang penguasa zalim dan kejam yang gemar meratah tulang berkuahkan darah saat menghukum rakyatnya. Kira-kira 4,000 tahun yang lalu, Namrud bin Kan'an adalah raja yang suka memenjarakan rakyatnya sendiri lalu mereka dibunuh dengan kejam. Dia merampas apa-apa sahaja hasil tuaian rakyat. Maka, rakyat menyembahnya semata-mata kerana takut kekuasaannya. Baca selanjutnya:- http://www.harakahdaily.net/index.php?option=com_content&task=view&id=022010&Itemid=35 |
"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."
Ibrahim Libya, pejuang anti ISA yang sejati!
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan