"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Aktivis..Isa Jual Tanah Rizab Melayu / UBN Najib Altantuya

Keghairahan Umno-Barisan Nasional memaparkan Isa Samad sebagai hero masyarakat setempat di Bagan Pinang ditempelak oleh mereka yang arif dengan rekod “perkhidmatan” beliau semasa menjadi Menteri Besar Negeri Sembilan.

Antara lain, mereka merujuk kepada penjualan tanah rizab Melayu di Port Dickson dan penjualan tanah yang diperuntukan kepada penternak Cina untuk mengaut keuntungan berjuta ringgit.

Aktivis masyarakat Mohammad Noor Mohammad Sap berkata Isa mengkhianati penduduk Melayu di Port Dickson apabila beliau menggadaikan tanah rizab di sekitar bandar itu.

Sepanjang 22 tahun menjadi Menteri Besar, Isa juga gagal membawa sebarang pembangunan yang boleh dibanggakan di kawasan berkenaan, tambah beliau.

Menurut Mohammad Noor, peniaga Melayu hanya berpeluang berniaga menggunakan “khemah biru seluas 8x8 kaki di Batu 4.”

“Inikah perjuangan pemimpin Barisan Nasional terhadap bangsa Melayu terutamanya yang berniaga di kawasan tersebut? Apa pula nasib perniaga di Pantai1 Pantai2 dan Pantai 3?," katanya.

Beliau berkata, kerajaan juga gagal menyediakan pusat maklumat pelancongan manakala bilangan pelancong asing di Port Dickson semakin merosot.

“Yang jelas pengusaha hotel rata-rata terpaksa bergantung kepada jabatan kerajaan menganjurkan kursus untuk meraih pendapatan,” katanya.

Mohammad Noor berkata Isa bukan sahaja gagal membangunkan Port Dickson malahan menyeleweng tanah rizab Melayu untuk dijual kepada kroni-kroninya.

Katanya Ahli Jawatankuasa dan Ketua-Ketua Bahagian merupakan kroni yang kenyang mengaut keuntungan. Oleh itu mereka memilih Isa untuk menjadi calon dan mengangkat beliau menjadi hero bagi menebus maruah Barisan Nasional.

“Isa Samad adalah seorang yang mementingkan kroni pengkhianat Melayu mengadai tanah rezab Melayu kepada bangsa asing. Contoh yang paling jelas kita lihat adalah tanah yang berada di depan markas Induk Barisan Nasional sendiri iaitu PD Marina asalnya adalah tanah rizab Melayu seluas 20 ekar. Inikah yang dikatakan pejuang bangsa?

Mohammad berkata di Bagan Pinang dan Sri Rusa, Isa dikatakan memberi tanah dan projek kepada kenalannya bagi membolehkan mereka mengaut keuntungan besar.

Beliau menambah Isa juga gagal membangunkan Linggi sewaktu menjadi ADUN di kawasan berkenaan.

Apa yang ada hanya tapak projek stesen bas yang masih terbengkalai dan kini menjadi tempat lembu tidur.

“Linggi adalah satu kawasan banjir, apa usaha Isa untuk menaiktaraf ekonomi penduduk di Linggi dengan keadaan muka bumi tersebut. Sepatutnya perlu ada projek pertanian dan perikanan tetapi ia tidak berlaku. Dia cuma menjaga kelompok-kelompok tertentu yang boleh mempengaruhi orang Linggi untuk mengekalkan dia Ketua Cawangan dan Ketua Bahagian,” katanya.

Menurutnya sebuah perkampungan orang asli di Bukit Kepong Linggi juga hanya mempunyai sistem paip air selama 25 tahun namun tiada sebarang bekalan air yang diperoleh walaupun perkara berkenaan telah dibawa kepada pengetahuan pihak kementerian terlibat.

“Rata-rata penduduk di Teluk Kemang mengetahui siapa dia Isa Samad. Disebabkan faktor masyarakat mereka takut untuk tampil ke hadapan, segan untuk tampil ke hadapan memakai lambang Pas demi kemasyarakatan. Saya percaya pilihan raya kali ini undi dalam senyap memprotes Isa Samad calon Barisan Nasional akan berlaku memenangkan calon Pas,” katanya.
-tvantara.com-

Tiada ulasan: