"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Bekas Tentera Dinasihat Tukar Status Kepada Pengundi Biasa / UBN Najib Altantuya

Harakahdaily
PORT DICKSON, 7 Okt : Semua anggota tentera yang tamat perkhidmatan dinasihatkan menukar status daripada pengundi pos kepada pengundi biasa.

Menurut laporan Bernama, Presiden Persatuan Bekas Tentera Malaysia (PBTM) Datuk Muhammad Abdul Ghani berkata ramai daripada bekas anggota tentera didapati tidak mendaftar sebagai pengundi biasa selepas mereka tamat perkhidmatan.

"Adalah suatu yang merugikan jika mereka tidak mendaftar sebagai pengundi biasa kerana mengundi adalah tanggungjawab kita sebagai seorang rakyat Malaysia," katanya kepada Bernama di sini , Rabu.

Muhammad juga meminta semua bekas tentera yang layak mengundi di Bagan Pinang supaya datang mengundi pada pilihan raya kecil di situ pada Ahad ini.

"Peluang ini tidak harus dilepaskan begitu saja dalam menentukan wakil rakyat mereka," katanya.

Muhammad juga menyeru semua bekas tentera supaya menyertai PBTM bagi membela nasib mereka.

"Banyak peluang disediakan oleh kerajaan kepada bekas tentera melalui PBTM, Perhebat, Jabatan Hal Ehwal Veteran, Yayasan Warisan Perajurit dan sebagainya. Mereka bagaimanapun didapati tidak mengambil peluang ini.

"Jika sekiranya mereka bermasalah, beri tahu pada kita dan kita sedia untuk membantu sebaik mungkin," katanya.

Tiada ulasan: