"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Calon PAS, Zulkefly Omar seorang "Pejuang Tanpa Sempadan" / Nizar / PKFZ

NAMA Pesuruhjaya PAS Negeri Sembilan, Zulkefly Mohammad Omar, tiba-tiba menjadi fokus masyarakat Nasional selepas beliau diumumkan sebagai calob PAS di Bagan Pinang.Akhbar-akhbar arus perdana mula menyiarkan nama beliau yang sah akan menentang calon BN, Tan Sri Mohd Isa Samad pada 11 Oktober ini.

Namun, mungkin umum terlupa, sebelum ini lulusan Sarjana Sains Universiti Putra Malaysia (UPM) dan Sarjana Muda Komunikasi UITM ini sebenarnya cukup sinonim dengan perjuangan masyarakat Kampung Broga menentang pembinaan Loji Insinerator yang akhirnya dihentikan atas tentangan yang diketuai calon PAS ini.

Kejayaan beliau memastikan penduduk Broga, penduduk Lenggeng, Semenyih, Seremban dan Lembah Kelang tidak terjejas dengan pembebasan gas dioxin dari loji Insinerator.

Bak kata orang yang pernah dibantunya, Gan Hin Lee, 55, 'jika bukan Zulkifly yang berjuang untuk kami di Broga, kami akan terdedah kepada kanser kerana loji Insinerator ini boleh mengakibatkan kanser."

Gan memuji perjuangan Zulkefly yang tidak memilih warna kulit atau fahaman parti politik, sebaliknya tokoh PAS Negeri Sembilan itu mengutamakan kesejahteraan rakyat.

Gan dan penduduk Port Dickson, M Linggam, 68, melihat Zulkely sebagai seorang yang jujur, boleh mewakili rakyat kerana keprihatinan dan berusaha sedaya mungkin menyelesaikan masalah rakyat.

Pastinya masyarakat tidak lupa akan kejayaan beliau dalam menyelesaikan masalah Virus Nipah JE di Bukit Pelanduk satu masa lalu, juga dalam kawasan Telok Kemang, bersama penduduk menyaman kerajaan kerana kelemahan pengurusan Menteri Besar ketika itu, Tan Sri Isa Samad yang gagal menyelesaikan isu JE di sana.

Isa Samad selaku Menteri Besar yang dikaitkan dengan isu itu tidak mengotakan janji kepada penduduk sekaligus menyebabkan penduduk Bukit Pelanduk 'berang' dengan sikap tidak prihatin calon BN Bagan Pinang itu.

Dari Dun Chuah hingga ke Lukut, Zulkefly berjuang bagi membebaskan rakyat dari kemelut JE yang tidak diendahkan kerajaan pimpinan Isa Samad ketika itu.

Isu pengambilan tanah, perumahan di Kampung Abok, Ladang Gatco (Bahau) Permatang Pasir di Telok Kemang, calon PAS inilah orangnya yang memperjuangkan nasib rakyat tanpa mengira mereka keturunan Cina, Melayu mahupun India.

Prinsip Zulkefly mudah, siapa sahaja yang mahukan khidmatnya akan ditolong sedaya mungkin, biarpun berdepan dengan seribu halangan dan rintangan, beliau tetap membantu.

Jika Umno/BN mahu menuduh Zulkifli bukan 'orang tempatan' mewakili pengundi Bagan Pinang, ia suatu tuduhan silap bak kata M Linggam, Zulkefly adalah pejuang tanpa sempadan.

Kes-kes JE di Bukit Pelanduk, Chuah, Lukut dalam Parlimen Telok Kemang membuktikan beliau seorang pejuang yang tidak mengira sempadan atau daerah.

Seperti kata Gan dan Linggam, Zulkifly dipilih masyarakat di Bagan Pinang selaku wakil rakyat dengan tema "Bersama Kehendak Rakyat".

Tiada ulasan: