"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

ISA MEMANG PATUT JADI CALON / UBN Najib Altantuya

mujahid

Mahathir marah bila UMNO ambil juga ISa Samad jadi calon. UMNO Teluk Kemang amat berharap Isa Samad jadi calon. Datuk Seri Najib pula tetap kekal dengan "langkah selamatnya" membiarkan siapa nak jadi calon jadilah kerana dia dah planning hendak berangkat ke Peranchis. Segan dia pada bapa angkatnya jika keputusannya Isa Samad dipilih juga sebagai calon

B N9 "kalau dapat" seboleh-bolehnya janganlah Isa Samad jadi calon. Kerana sifir politik yang akan terjadi sudah dia maklumi dan sebahagian besar kroninya lebih-lebih lagi memahaminya.

Isa Samad pula TERAMAT BERHARAP menjadi calon kerana firasatnya dialah yang telah banyak berjasa kepada N9 sejak dulu. Bala besar UMNO N9 jika ketepikan beliau sebagai calon. Bacaan politiknya meyakinkan bahawa inilah "historic moment" yang ditunggu-tunggu selama ini. Pucuk dicita ulam mendatang. Kalau tidak dipecahkan ruyung manakan dapat sagunya ! Dia mesti berani tonjolkan diri! Membujur lalu melintang patah!

Dia mesti memasang pelbagai kaki untuk melobi jika ada peluang dan tangannya pasti gatal lagi untuk menghulurkan sesuatu pada broker jika dibenarkan. Alang-alang menyeluk pekasam biar sampai ke pangkal tengkuk.

Akhirnya hajat Isa Samad tertunai juga. Maka Timbalan PM pun terpaksalah akur dengan "kehendak akar umbi" menaiki pentas membuat pengumuman dengan bersahaja di samping lakonan kelat, masam dan pahit MB N9 yang berada di sisi beliau. Puteri Bollywood Shahrizat pun kena melemparkan senyuman gembira. Semua pemimpin parti komponen pun kena ceria dan tidak boleh mencuka di atas pentas.

Menteri-menteri UMNO kena akur segala keputusan. Komen dan marah dalam hati boleh, jangan komen di luar. Kerana kalau tunjukkan kemarahan dengan pemilihan Isa mereka mungkin akan dijual dan harta benda akan dirampas jika Isa menang nanti.

Pihak yang mengucapkan syukur di atas pemilihan Isa ialah parti lawan kerana pemilihan Isa telah membuktikan bahawa apa yang mereka katakan sebelum ini adalah benar belaka. Bahawa UMNO DAN RASUAH BERPISAH TIADA.

Selamat berkempen. Selamat mengundi. Takziah kepada UMNO yang masih belum aqil baligh dalam politik semasa. Tahniah kepada PAS/ PR yang semakin matang berpolitik.

Tiada ulasan: