"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Gergaji kaki selamat diri / PKFZ / Nizar

Mohd Jamilul Anbia Md Denin

PERASAAN ngilu berbaur ngeri tidak semena-mena terbit sebaik mengetahui kisah tindakan nekad seorang lelaki yang tersepit di celah runtuhan konkrit memotong kaki kanannya dalam usaha menyelamatkan diri daripada ajal yang hampir menjemputnya.

Berdasarkan kisah diceritakan pemandu mobil (kereta), Pak Taufek, malam tadi, lelaki bernama Ramlan, 18, berkenaan pada mulanya cuba menggunakan cangkul bagi mengerat kakinya.

Namun, usaha terbabit gagal menyebabkan dia beralih kepada penyodok tanah yang dicucuk berulang kali ke kakinya sehingga memancut darah.

Bagaimanapun, mangsa yang juga jiran Taufek akhirnya menggunakan gergaji untuk memotong kakinya sambil meraung menahan kesakitan.

Menurut supir (pemandu) itu lagi, mangsa yang terperangkap di tingkat enam bangunan Telkom, Padang Baru, kota Padang, bagaimanapun diselamatkan rakannya yang terdengar jeritan.

“Apa yang diberitahu, Ramlan yang bekerja sebagai buruh binaan ketika itu sedang bekerja di bangunan berkenaan. Dia kini terlantar di hospital dalam keadaan kudung,” katanya.

Apa yang diceritakan Taufek hanya secebis daripada kisah menakutkan kesan bencana gempa bumi yang setakat ini meragut hampir 800 nyawa.

Biarpun bau hamis mayat sudah agak berkurangan, usaha pasukan penyelamat dan pihak berkuasa kini memasuki fasa kedua membabitkan tugas membersihkan bangunan yang runtuh di sekitar kota Padang.

Usaha terbabit dimulakan semalam selepas Badan Nasional Penanggulangan Bencana Indonesia memutuskan untuk menghentikan operasi mencari mangsa terselamat yang dilakukan sejurus selepas bencana gempa bumi sekuat 7.6 pada skala Richter itu berlaku, Rabu lalu. - Mohd Jamilul Anbia Md Denin

Saya yang berjalan di sekitar kota Padang semalam mendapati lebih 50 jentera berat rancak bekerja untuk memindahkan runtuhan konkrit bangunan yang runtuh berkecai menyembah bumi.

Lelah dengan debu merah dari tapak runtuhan, saya berhenti di sebuah kedai soto di Jalan Veteran untuk menyejukkan tekak.

Ketika itu beberapa pelanggan gerai hangat bercerita kisah gempar pasangan remaja berusia 18 dan 19 tahun yang ditangkap pihak berkuasa ketika khusyuk melakukan hubungan seks di sebuah warnet (warung Internet).

Cuping telinga yang cepat menangkap butiran ayat dua lelaki berkenaan cukup terperanjat apabila mendapat tahu cerita penangkapan dua remaja terbabit malam kelmarin, tersebar meluas sehingga menjadi tajuk berita utama koran (akhbar) tempatan.

Lelaki bersongkok pudar itu melahirkan rasa marah kerana mendakwa dua remaja terbabit seolah-olah tidak takut dengan azab Allah sedangkan bencana gempa bumi baru sahaja meranapkan Padang.

Katanya, di kala masyarakat masih dirundung duka, remaja ini pula terus dibuai nafsu. Malah, remaja ini seolah-olah memanggil gempa supaya menyerang semula.

Ternyata, gempa bumi yang berlaku Rabu lalu, cukup menginsafkan warga Padang yang menganggap ia berpunca daripada dosa dan maksiat dilakukan warga Padang selama ini.
-hmetro.com-

Tiada ulasan: