"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

"Rasuah RM10 juta" Tiong Harus Kemuka Bukti / PKFZ

Ketua Pegawai Eksekutif Kuala Dimensi Sdn. Bhd Datuk Seri Tiong King Sing perlu tampil memberikan penjelasan dan bukti berhubung dakwaannya bahawa beliau mendermakan RM10 juta kepada Presiden MCA Datuk Seri Ong Tee Keat.

Exco Kerajaan Negeri Selangor Teresa Kok berkata sukar untuk membuktikan wang yang diambil Tee Keat sebagai rasuah kerana ianya sumbangan dari Tiong.

“Yang membuat tuduhan adalah Ahli Parlimen Bintulu Datuk Seri Tiong King Sing, jadi dia perlu jawablah.

“Saya tidak boleh mengatakan SPRM berpihak kepada Tee Keat dan saya juga tidak boleh mengatakan bahawa Tiong berbohong,” katanya kepada TV Antara.

Beliau berkata demikian ketika mengulas mengenai kenyataan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia bahawa pihaknya tidak menemui sebarang bukti menunjukkan Tee Keat menerima RM10 juta dari Kuala Dimensi Sdn Bhd untuk aktiviti parti.

“Sebenarnya mengikut kenyataan akhbar RM10 juta yang diberikan Tiong kepada Ong Tee
Keat itu adalah sumbangan perbelanjaan politik dalam kempen pilihanraya.

“Memang agak sukar untuk mengatakan wang yang disumbangkan Tiong kepada Tee Keat itu adalah rasuah,” katanya.

Teresa berkata bagaimanapun SPRM perlu menjalankan tanggungjawab menyiasat isu skandal PKFZ.

“Isu sebenar adalah isu skandal PKFZ yang merupakan skandal kewangan paling besar dalam negara.

“Isu PKFZ itu memang yang menarik perhatian orang ramai apakah tindakan kerajaan dan SPRM dalam kes ini,” katanya.

Datuk Seri Tiong King Sing mendakwa bahawa wang sebanyak RM 10 juta yang didermakan kepada Datuk Seri Ong Tee Keat telah di serahkan kepada beliau dalam bentuk 3 kali ansuran iaitu sebanyak RM 5 juta, RM 1juta dan RM 4 juta demikian sebagaimana yang di laporkan oleh akhbar China Press.

Dakwa akhbar tersebut, semua butiran penyerahan wang tersebut di dapati dalam satu salinan laporan polis yang dibuat oleh Tiong terhadap Ong Ogos lalu.

Berdasarkan dalam laporan tersebut, Ong telah meminta sebanyak RM5 Juta bantuan pada tahun 2008.

Tiong mendakwa bahawa RM 5 juta dimasukkan kedalam 2 buah briefcases dan di temani oleh 2 orang pegawai beliau ,dia memberikan wang tersebut kepada rakan Ong di Hotel Hilton Petaling Jaya.

Beberapa minggu selepas itu, Tiong kemudiannya didatangi lagi oleh Ong untuk mendapatkan RM 1 juta.Kali ini wang tersebut diberikan kepada orang yang mewakili Ong di tempat letak kereta di hadapan Hotel Armada,Petaling Jaya

Seterusnya di akhir 2008, Tiong sekali lagi bersetuju untuk menderma sebanyak RM4 juta kepada Ong.Tetapi pada kali ini Ong di katakan datang sendiri mengambil sendiri duit tersebut di rumah tetamu rumah kerajaan.
-tvantara.com-

Tiada ulasan: