"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Tindakan undang-undang terhadap pihak manipulasi undi pos / Nizar / PKFZ

Hazayani Zakaria
KUALA LUMPUR, 8 Okt: Dewan Pemuda PAS Pusat (DPP Pusat) tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang termasuk menyaman mana-mana individu yang terlibat melakukan penipuan dan memanipulasi undi pos dalam pilihanraya kecil Dewan Undangan Negeri (Dun) Bagan Pinang.

Ketuanya, Ustaz Nasrudin Hassan berkata demikian sebagai merujuk kepada maklumat yang diterima pihaknya bahawa hanya sebahagian kecil sahaja pengundi pos akan hadir manakala kertas-kertas undi bagi pengundi pos yang tidak hadir dianggarkan lebih 3000 kertas undi akan diposkan selepas hari pengundian iaitu pada petang esok.

Pengundi hadir hadir ialah pengundi yang berada dalam kem dan mengundi di pusat pengundiaan pos pada semalam, hari ini dan esok. Manakala pengundi tidak hadir ialah pengundi yang sedang bertugas atau berada di luar kem dan menerima kertas undi melaui pos.

Menurut Nasrudin, pihaknya juga mendapat maklumat bahawa wujud kemungkinan kertas-kertas undi tidak diposkan kepada pengundi-pengundi berdaftar sebaliknya dikeluarkan oleh pengendali pilihanraya dan diundi untuk memenangkan BN.

"Kami telah ditemui oleh beberapa bekas anggota tentera yang tidak mahu identiti mereka didedahkan, yang menceritakan pengalaman mereka memnagkah kertas-kertas undi sedemikian untuk memenangkan calon BN dalam pilihanraya-pilihanraya yang lepas."katanya dalam satu sidang media di pejabat pas jalan raja laut, dekat sini, pagi tadi.

ImageDPP mempersoal keselamatan keselamatan undi pos yang akan diposkan kepada pengundi dan jaminan ianya tidak dimanipulasi oleh pihak yang mengendalikan kertas-kertas undi tersebut.

Turut dipersoalkan, bagaimana kertas-kertas undi pos yang banyak itu boleh diedar dan dipos ke seluruh negara dan kemudiannya dikembalikan dalam tempoh masa yang sangat singkat iaitu bermula semalam dan akan diterima sebelu jam 5 petang 11 Oktober ini.

Sebagai persedian menghadapi sebarang bentuk penipuan, beliau berkata, Pemuda PAS telah mewujudkan satu operasi mengenalpasti penipuan undi pos dengan menggunakan Sistem Pengesahan Kehadiran Pengundi Pos.

"Sistem ini membolehkan petugas-petugas pilihanraya PAS mengesan samaada sesuatu undi samapai atau tidak kepada pengundi pos dan kesahihan pengundiannya."jelasnya.

Sehubungan itu, Pemuda memberi amaran kepada mana-mana pihak supaya tidak memanipulasi undi pos dengan memangkah kertas undi pengundi yang tidak hadir.

Dalam pada itu, Pemuda PAS juga mengingatkan anggota tentera agar tidak mempedulikan segala bentuk ugutan dan ketakutan mereka untuk mengundi PAS pada pilihanraya kecil ini dan menyedari bahawa mereka sebenarnya diberikan hak untuk mengundi secara bebas dan memilih pemimpin mengikut pilihan mereka.

Untuk memastikan ketelusan dan memberi jaminan kepada pengundi pos agar tidak takut untuk mengundi secara bebas, PAS juga ujarnya menyediakan ejen-ejen parti yang akan megawal perjalanan proses pengundian dalam kem.

Seperti yang dinyatakan sebelum ini juga, PAS menyediakan khidmat guaman percuma kepada tentera jika ada di kalangan mereka dikenakan tindakan kerana mengundi PAS.

Para pengundi pos mula mengundi untuk pilihan raya kecil DUN Bagan Pinang hari ini dengan anggota tentera mengundi di sebuah dewan di Pusat Latihan Asas Tentera Darat (Pusasda) Kem Si Rusa, manakala anggota polis mengundi di ibu pejabat polis Port Dickson.

Tiada ulasan: