"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Hadkan Dana Pilihanraya, Kekang Jenayah Pengurupan Wang / UBN Najib Altantuya

Undang- undang Malaysia yang tidak menghadkan jumlah peruntukan wang untuk sebarang pilhanraya di negara ini telah membuka ruang kepada jenayah pengurupan wang melibatkan negara luar.

Angkatan Muda Keadilan Malaysia awal bulan ini, membongkar jenayah pengurupan wang oleh orang kanan menteri besar Sabah, Musa Aman di Hong Kong.

Micheal Chia Tien Foh ditahan di Lapangan Terbang Antarabangsa Hong Kong pada 14 Ogos 2008 apabila cuba menyeludup sejumlah RM16 juta dolar Singapura.

Difahamkan wang ini adalah hasil sindiket pembalakan haram yang bermaharajalela di Sabah. Wang- wang haram ini dipercayai masih tersisip rapi dalam akaun- akaun bank di Hong Kong.

AMK juga mendedahkan wang ini akan digunakan bagi memperkasa kempen UMNO-Barisan Nasional dalam Pilihanraya Kecil Permatang Pauh sekaligus menumbangkan Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara, Tony Phua berkata adalah penting untuk parti- parti yang bertanding mengisytiharkan perolehan dana untuk berkempen demi mencerminkan ketelusan dalam mana- mana pilihanraya.

“Sekarang ini Malaysia tidak mempunyai undang-undang untuk had kan wang kempen, di kebanyakan negara lain termasuklah di UK, kita perlu isytiharkan dari mana wang kita asal-usulnya.

“Wang kita memang daripada orang ramai, tetapi bagi BN memang ada kecurigaanlah dari mana wang mereka datang, mereka menerima derma daripada syarikat-syarikat yang tertentu ataupun syarikat-syarikat yang terlibat dalam perniagaan yang ditawarkan oleh kerajaan kepada mereka untuk mendapatkan wang kempen, wang rasuah yang tidak bersihlah, dan kita mencurigai beratus-ratus juta ringgit dari mana asalnya,” katanya.

Phua menjelaskan berbeza dengan UMNO Barisan Nasional, Pakatan Rakyat memilih untuk mendapatkan peruntukan hasil sumbangan ikhlas dari penyokong gagasan ini.

Kaedah ini kata beliau lebih relevan dan mendekatkan rakyat dengan perjuangan parti yang mewakili mereka.

“Perutukan yang kita dapat daripada orang ramai seperti ini adalah amat penting. Katakanlah tidak mendapati sokongan daripada orang ramai secara menderma, kita mendapati kempen kita akan terjejas juga kerana tidak cukup duit."

“Untuk satu cara yang efektif dan berkesan, kita memerlukan duit untuk mencetak poster, untuk mengubah orang ramai menaikkan bendera atau pun banting, mencari wang untuk sert up satu tempat ceramah dan sound system, semua mesti ada,"kata Phua.

Beliau menegaskan kaedah mengumpul dana yang sebelum ini dikritik oleh UMNO Barisan Nasional berjaya mengekang Pakatan Rakyat daripada terlibat dengan gejala jenayah wang.

Tambahan pula cara ini membolehkan rakyat mengetahui daripada mana datangnya semua peruntukan bagi membiayai mana- mana pilihanraya melibatkan Pakatan Rakyat.

“Memang kempen kita aka nada kesan yang tidak begitu baiklah dengan kadang ala sound system yang tidak cukup baik, kita tidak dapat dengar dengan hanya 200 orang, 1000 orang tidak dapat dengar, katakan kita tidak cukup wang untuk cetak, tidak cukup ramai yang akan mencetak wang kita, jadi peruntukan ini adalah penting bagi kita."

“Jadi bagi kita, wang yang diberikan oleh penyokong-penyokong, yang lebih kaya beri lebih banyak dan yang miskin, bagi yang sedikit-sedikit pun cukup. Setiap kali kita adakan pilihan raya, kita pun ada hulurkan beg-beg untuk mereka masukkan sedikit sebanyak yang RM10 pun ada, RM50 pun ada ke dalam kotak tersebut dan kita menggunakan wang itu untuk menolong kita dalam mana-mana pilihan raya,” katanya.
-tvantara.com-

Tiada ulasan: