"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Isa ikon kepalsuan, kata PAS / UBN Najib Altantuya

Dzulfikar Mashoor
TELOK KEMANG, 6 Okt: PAS dakwa Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad adalah ikon kepalsuan, berdasarkan beberapa rekod projek terbengkalai di bawah kepemimpinan bekas Menteri Besar itu.

"Ini (projek terbengkalai) telah menjadi tema, cara urus tadbir Isa (calon Umno) sejak sekian lamanya, sama ada di (Dun) Linggi dan akan terus berlaku di (Dun) Bagan Pinang ini jika Isa dimenangkan.Pengarah Operasi Pilihan Raya PAS Bagan Pinang, Dr. Dzulkifly Ahmad berkata, pembangunan palsu Umno itu bermakna tidak mengutamakan kesejahteraan serta kualiti hidup rakyat.

"Sebab itu kita angkat Isa sebagai ikon kepalsuan, kerana keutamaannya (pembangunan) bukan untuk rakyat, tetapi kronik-kroninya.

"Berdasarkan beberapa pendedahan yang dibuat sejak tiga hari lalu, pembangunan yang dibawa Umno adalah pembangunan palsu," kata beliau.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Kuala Selangor berkata, ikon kepalsuan itu bukan sesuatu yang direka-reka, tetapi sesuatu yang boleh dilihat di sini.

Bercakap dalam sidang media yang sama, Pengarah pilihan raya ini, Salehuddin Ayub meminta semua wartawan dan blogger membuat perhitungan berdasarkan beberapa gambar projek terbengkalai tersebut.

ImageSambil menyifatkan projek-projek tersebut sebagai pembangunan hantu, Salehuddin juga meminta Isa menjelaskan agenda politiknya sama seperti Zulkefly.

Semalam, PAS mendedahkan masalah perparitan, penaiktarafan jalan utama Telok Kemang - Port Dickson serta pencemaran pusat perlancongan dan pantai Port Dickson.

Beberapa hari lalu, sebuah perhentian bas di Linggi, Dun yang pernah diwakili Isa sejak 1978 lalu turut didedahkan kepada khalayak.

Isa yang sejak awal tempoh berkempen dilihat tidak bersih, sekali lagi terpaksa menafikan bahawa beliau bukanlah ikon kepalsuan sebagaimana yang didakwa PAS Pakatan Rakyat.

Tiada ulasan: