"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Mohon Perhatian Kepada Petugas-Petugas Pakatan Rakyat./ UBN Najib Altantuya

Dari sumber dalaman, kejadian pemuda Pas dipukul petang semalam dan malam tadi serta beberapa kekecohan yang berlaku semalam rupanya telah dirancang oleh mereka.

Maka disini petugas-petugas Pakatan perlu mengambil langkah-langkah berikut:

1] Pastikan dalam grup saudara mempunyai kamera. Jika ada videocam lagi bagus.

2] Pastikan mobile phone anda sentiasa berada disisi dan mempunyai kredit.

3] Jangan mulakan apa-apa provokasi dan bertindak sebagai pendamai. Dari pihak mereka,mereka sedaya upaya membuat provokasi kepada petugas pakatan supaya petugas pakatan memulakan pergaduhan dan tumbukan.Itu objektif mereka.

4] Terus mulakan sesi fotografi kepada sesesiapa yang memulakan provokasi atau mereka-mereka yang mahu mencetuskan pergaduhan ditempat anda.

5] Terus kongsikan gambar-gambar tadi kepada bloggers Malaysia yang berdekatan dengan anda.Kita mempunyai ratusan bloggers disetiap upu.

6] Juga kongsikan cerita dan maklumat kejadian tadi kepada bloggers Malaysia tadi.Maklumat anda tadi akan terus disiarkan dilaman web supya dapat dikongsi oleh semua orang dan disebarkan.

7] Jangan melakukan tindakan dan perbuatan berseorangan.Lakukan dalam grup.

Kepada bloggers Malaysia,jangan segan memakai tag anda. Ia amat penting supaya anda mudah dikenali oleh petugas pakatan.

Doakan supaya tiada kejadian buruk berlaku.Kepada Allah kami bergantung harap.

Tiada ulasan: