"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Bekas ADUN: Isa Samad Khianati Pengundi Cina / UBN Najib Altantuya

Di sebalik cubaan UMNO Barisan Nasional yang ghairah menggambarkan populariti dan kualiti calonnya untuk Pilihan Raya Kecil Bagan Pinang Tan Sri Isa Samad, pelbagai pihak mula mendedahkan sebaliknya.

Antara yang tampil adalah bekas Ahli Dewan Undangan Negeri Jimah dari MCA Yap Ah Ping. Beliau menjadi ADUN di kawasan berkenaan dari tahun 1974 sehingga 1986.

Ah Ping berkata Isa bersama dengan Pengerusi MCA Negeri Sembilan Dr Yeow Chai Thiam bertanggungjawab menyeleweng tanah yang diperuntukan untuk penternak dengan menjualnya pada harga terlalu tinggi.

Akibat tidak mampu membeli tanah itu, penternak terbabit terpaksa terus menetap di Bukit Pelanduk dan menanggung kesan penularan virus Nipah atau JE

Menurutnya beliau mempunyai segala bukti berhubung tindakan Isa yang menyeleweng tanah yang telah diwartakan oleh kerajaan kepada penternak.

Tanah berkenaan disediakan kepada penternak dan dijual pada harga RM8500 namun Isa menjual tanah berkenaan dengan harga yang jauh yang lebih tinggi.

“Umno tidak tahu apa yang telah dibuat oleh Menteri Besar Negeri Sembilan. Isa pernah cakap sebagai Meneteri Besar tidak ada apa perkara pun yang tidak boleh dilakukan sebab itu dia lakukan ikut suka dia termasuk menjual tanah projek ternakan babi bagi mengawal penternakan babi

“Belia menjual tanah itu dari harga asal RM8500 seekar kepada harga yang terlalu mahal iaitu RM145000 seekar. Penternak tidak mampu membeli tanah dengan harga yang terlalu tinggi. Isa bertanggungjawab terhadap penularan wabak virus Nipah di Bukit Pelanduk sehingga mengakibatkan 136 orang penternak terkorban,” katanya ketika ditemui TV Antara.

Ah Ping berkata tanah seluas 1520 ekar yang diperuntukkan kerajaan kepada penternak dijual Isa kepada Impro Sdn. Bhd. Syarikat berkenaan menjualkan tanah berkenaan kepada Nikmat Maju Sdn. Bhd. yang akhirnya menjualkan tanah berkenaan dengan harga RM145,000 kepada penternak.

Menurutnya Isa juga pernah mengadakan pertemuan dengan para penternak pada tahun 1994 dan membidas mereka kerana enggan membeli tanah berkenaan pada harga berkenaan.

Menurutnya sejak kejadian serangan wabak berkenaan Isa tidak lagi berani pergi ke kawasan berkenaan

Beliau berkata akhirnya tanah seluas 3000 ekar yang merupakan kawasan ternakan asal dan 1520 ekar tanah di kawasan ternakan baru terabai.

Penutupan ladang babi di Bukit Pelanduk juga menjadikan kawasan berkenaan terkebelakang lebih 30 tahun berbanding dahulu kerana tiada kegiatan ekonomi.

“Dari peristiwa ini semua penduduk tidak mempunyai kerja. Ada yang berpindah ke bandar-bandar. Mereka tidak tahu melakukan pekerjaan lain selain daripada menternak babi. Ini membawa kepada masalah sosia,” katanya.

Ah Ping berkata penternak telah memfailkan saman terhadap Isa di Mahkamah Tinggi Seremban namun sehingga hari ini tiada sebarang perbicaraan dilakukan kerana sering ditangguh.

Beliau turut mendedahkan mengenai tindakan Isa menjual lebih 30000 ekar tanah di Negeri Sembilan dari sewaktu beliau menjadi Menteri Besar untuk diberikan kepada kroni-kroninya.

“Isa membuat projek dalan negeri hanya untuk kroni-kroni sahaja. Ada seorang dua Tan Sri dan dua tiga orang Datuk. Rakyat biasa tiadak dapat menikmati kemajuan dan faedah sejak beliau menjadi Menteri Besar memimpin kerajaan negeri.

“Dia main wayang seolah-oleh mesra . Dia tidak lakukan apa-apa untuk rakyat sebagai Menteri Besar dia hanya jaga kroninya sahaja.

“Daripada 1991 hingga 2001 setiap daerah seperti Seremban 6000 ekar, di PD 4000 ekar. Dia telah ambil tanah sehingga 30000 ekar untuk dijual sebab itu dia ramai ‘machai’,” katanya.

Mengulas mengenai dakwaan UMNO Barisan Nasional kononnya Isa adalah hero masyarakat di Bagan Pinang Ah Ping berkata pimpinan parti berkenaan tidak mengetahui perilaku sebenar Isa.

“Umno tidak tahu apa yang telah dibuat oleh bekas Menteri Besar Negeri Sembilan ini. “Dia memang hero kalau dia bukan hero bagaimana dia berani jual tanah...Buat benda jahat boleh dipanggil hero, bukan hanya lakukan benda baik," kata Ah Ping.
-tvantara.com-

Tiada ulasan: