"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Royalti Minyak: Terengganu Terima Royalti, Bukan Wang Ehsan

Sidang Dewan Rakyat semalam gempar apabila cubaan pemerintah menyelewengkan fakta bagi menafikan royalti minyak kepada rakyat Kelantan dibongkar Parti Keadilan Rakyat.

Hari ini, Naib Presiden Pas Salahuddin Ayub mendedahkan bahawa Perdana Menteri Najib Abdul Razak cuba menutup penyaluran wang royalti kepada negeri Terengganu sebagai wang ehsan.

Timbalan Speaker Ronald Kiandee akur dengan gesaan Pakatan Rakyat supaya dokumen-dokumen yang menyebut secara jelas pemerintah memberi royalti minyak kepada Terengganu dibawa kepada pengetahuan umum.

Semantara itu, Menteri Dalam Negeri Hishamuddin Hussein terpaksa menafikan wujudnya pergeseran antara pihaknya dan Ketua Polis Negara Tan Sri Musa Hassan.

Dalam satu temubual bersama Mingguan Malaysia baru-baru ini, Musa dilaporkan berkata ada pihak ketiga yang mencampuri urustadbir polis dan memberi arahan secara terus kepada pegawai-pegawai bawahannya.

Hishamuddin berkata KDN tidak tahu-tahu menahu akan hal ini malah KPN tidak pernah membangkitkan masalah ini dalam pertemuan sebelum ini.

Ahli Parlimen Rasah Loke Siew Fook mengesyaki adanya masalah antara Hishamuddin dan Musa kerana KPN terpaksa menggunakan saluran media untuk meluahkan perasaan.
-tvselangor-

Tiada ulasan: