"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Peguam Fail Permohonan Untuk “bebaskan’ Sultan Kelantan Dari Hospital

Sepasukan peguam hari ini menfailkan permohonan mahkamah untuk “membebaskan’ Sultan Kelantan daripada Hospital Universiti Sains Malaysia di Kota Baru, di mana baginda menjalani rawatan sejak dua hari lalu.

Permohonan habeas corpus itu difailkan atas nama Sultan Ismail Petra sebagai pemohon dengan affidavit sokongan oleh putera ketiga Sultan, Tengku Muhammad Fakhry Ismail Petra.

Permohonan itu difailkan dengan Mahkamah Khas Putrajaya yang ditubuhkan pada tahun 1993 untuk mendengar kes-kes membabitkan yang diPertuan Agong dan pemerintah negeri dalam kapasiti individu mereka.

Ini kali pertama permohonan habeas corpus dibuat membabitkan Sultan sebagai pemohon.

Antara peguam kanan yang mengemukakan permohonan itu ialah pakar pelembagaan, Raja Aziz Addruse dan Param Cumaraswamy. Belum dipastikan bila mahkamah akan mendengar permohonan itu.

Tengku Muhammad Fakhry sebelum ini gagal dalam usaha menghantar ayahandanya ke Singapura untuk pemeriksaan doktor , setelah pihak berkuasa enggan membenarkan pesawat yang ditempah untuk baginda mendarat di Lapangan Terbang Pengkalan Chepa,Kota Bahru.

Tengku Muhammad Fakhry adalah antara mereka yang dilarang untuk menemui Baginda Sultan di HUSM.

Pihak polis berkata Sultan Kelantan tidak di tahan di HUSM tetapi hanya di berikan kawalan ketat atas arahan Pemangku Raja Kelantan Tengku Muhammad Faris Petra.

Arahan itu dikeluarkan setelah seorang pengawal istana istana Kelantan cedera parah ditembak pada 1 Mei lalu yang mengusutkan kecelaruan bersabit Istana Kelantan.

Permohonan yang difailkan dengan Mahkamah Khas Putrajaya menamakan Ketua Polis Kelantan, Ketua Polis Negara, Ketua Pengarah HUSM, Ketua-Pengarah Kementerian Kesihatan dan Kerajaan Malaysia sebagai responden.
-tvselangor-

Tiada ulasan: