"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Rugi RM227 juta, Pos Malaysia akan dijual?

Herman Samsudeen

Timbalan Menteri Kewangan, Senator Awang Adek Hussein mengumumkan yang syarikat milik Kerajaan, Pos Malaysia mengalami kerugian bagi tempoh tiga tahun lalu berjumlah RM227 juta ekoran pelaburan dalam syarikat penyedia perkhidmatan kargo udara Transmile Group Berhad.

Khazanah Nasional Bhd baru-baru ini mengumumkan mahu menjual pegangan sahamnya sebanyak 32.2 peratus dalam Pos Malaysia Bhd. Dengan itu Kerajaan tidak lagi menguasai Pos Malaysia. Tindakan ini jelas adalah kesilapan Khazanah sendiri bukan hanya Pos Malaysia sahaja

Dalam keadaan ini, mereka sepatutnya melepaskan Transmile Group bukan Pos Malaysia. Percaturan yang dibuat melibatkan kepentingan strategik negara.

Soal untung rugi, rakyat boleh terima. Tapi kalau banyak macam ini dan hanya kerana satu kesilapan sahaja memang tak boleh terima. Selama ini kita melihat begitu banyak syarikat milik Kerajaan yang rugi.

Selepas Pakatan ambil ahli Kedah, Pulau Pinang dan Selangor hal yang sama kita dapat bongkar. Banyak syarikat milik Kerajaan rugi dibawah pentadbiran BN disebabkan kesilapan membuat pelaburan. Syarikat-syarikat ditubuh kerana projek tertentu atau kepentingan kroni tertentu mereka. Duit dipam masuk setiap tahun walaupun syarikat itu rugi dan terus rugi.

Bila sampai ke tangan Kerajaan Pakatan, kita ambil amsa untuk jual atau susun semula syarikat ini sebab ini bukan kerja macam jual ikan kat pasar.

Bila nak jual, pembeli akan fikir soal prospek. Bila nak susun atau tutup syarikat yang rugi ini Kerajaan perlu fikir soal kepentingan dan kebajikan pekerja yang ada. Bukan senang nak cuci ‘najis ekonomi’ yang ditinggalkan BN. Bayangkanlah kalau satu negara ini diperintah Pakatan. Lebih banyak penyelewengan dan kerugian akan dibongkar.

Tiada ulasan: