"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Semua Guru N.Sembilan diarah jumpa MB

amkns
Bayangkan guru-guru dari jauh, dari Palong, dari Bahau, dari Bukit Rokan, dari Felda Jelai, dari Linggi diarah hadir jam 8 MALAM HARI SABTU di Seremban untuk Sambutan Hari Guru Besar-Besaran.

Dah penat seminggu mengajar, hujung minggu nak buat kerja rumah, basuh baju, tengok anak-anak, di suruh hadir waktu malam Sambut Hari Guru Besar-Besaran.

Pukul berapa guru dari Lui, dari Palong nak sampai rumah bila habis program ?

Apa guru-guru dari Palong ni akan diberi penginapan percuma di Allson ? Guru-guru ini boleh buat tuntutan elaun perjalanan untuk hadir ? Kalau tak hadir Jabatan Pelajaran akan ambil tindakan atau Pejabat Menteri Besar akan ambil tindakan disiplin ?

*************************

PERHIMPUNAN HARI GURU PERINGKAT NEGERI SEMBILAN 2010

Sukacita dimaklumkan bahawa kerajaan Negeri Sembilan melalui mesyuarat Exco telah memutuskan bahawa Perhimpunan Hari Guru Peringkat Negeri Sembilan dinaik taraf sebagai acara tahunan kerajaan negeri.

Sehubungan dengan itu, hasrat murni Y.A.B Menteri Besar Negeri Sembilan amat tinggi untuk berjumpa dengan seluruh warga guru sebagai keprihatinan Y.A.B terhadap bidang pendidikan Negeri Sembilan.

Perhimpunan tersebut berdasarkan ketetapan berikut:

Tarikh : 22 Mei 2010 (Sabtu)

Masa : 8.00 malam

Tempat : Padang Majlis Perbandaran Seremban

"GURU PEMBINA NEGARA BANGSA"

http://smkluibarat.blogspot.com/2010/04/perhimpunan-hari-guru-peringkat-negeri.html

**************************

BAJET DIPOTONG TAPI HARI GURU PECAH REKOD

http://pasns.blogspot.com/2010/04/bajet-dipotong-tapi-hari-guru-pecah.html

Bajet Kementerian Pelajaran banyak dipotong. Yang merana guru.Tapi Kerajaan Negeri Sembilan nak buar Sambutan Hari Guru secara besar-BESARAN kononnya nak pecah rekod , nak masuk Malaysia Book of Records.

Ikuti kisahnya di laman Blog ADUN Paroi

******************************

Kita menerima maklumat bahawa banyak peruntukan untuk sekolah-sekolah yang telah dipotong dan ini menyebabkan banyak aktiviti-aktiviti sekolah yang tergendala.

Ada mesin fotostat terpaksa ditarikbalik , banyak pertandingan sukan-sukan tertentu dibatalkan, pelbagai latihan untuk guru dan pelajar diadakan dengan peruntukan yang sangat terhad, ada guru-guru yang terlibat dengan aktiviti ko-kurrikulum yang terpaksa keluarkan duit poket sendiri untuk menghantar pelajar-pelajar yang mewakili sekolah ke pertandingan-pertandingan sukan dan lain-lain.

Sebagai contoh Sambutan Hari Guru Tahun 2010 peringkat Negeri yang dimaklumkan akan disambut secara besar-besaran sehingga bakal dimasukkan dalam Malaysia Book of Records. Selaku orang yang diamanahkan bagi pihak Pakatan Rakyat NS untuk berperanan dalam Portfolio Agama, saya tanpa rasa jemu akan terus mendesak Kerajaan NS supaya menaikkan elaun guru-guru KAFA di Negeri Sembilan yang hanya berjumlah RM500 sahaja.

Walaupun kerajaan Negeri Sembilan telah melaksanakan Kelas Agama Petang (KAP) tetapi masih ada sebahagian pelajar yang belajar di Sekolah Agama Rakyat (SARA) di bawah bimbingan guru KAFA yang hanya menerima elaun RM500 dari peruntukan Jabatan Kemajuan Agama Islam (JAKIM).

Elaun RM500 adalah dibawah garis kemiskinan yang ditetapkan di peringkat pusat ie RM750. Harapan kita agar Kerajaan NS dapat mencontohi Kerajaan Pulau Pinang yang kerapkali dicop kononnya sebagai kerajaan anti Melayu / anti Islam dan juga

Kerajaan Selangor yang telah menaikkan elaun guru-guru KAFA sehingga mencecah RM1000 , satu kali ganda lebih banyak dari elaun-elaun guru-guru KAFA di N.Sembilan.

Ucapan penuh Sidang DUN N.Sembilan ADUN Paroi di http://mohdtaufek.blogspot.com/2010/04/ucapan-sidang-dun-2010siri-2-terakhir.html

Tiada ulasan: