"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

1,000 kenderaan konvoi untuk Gaza

Harakahdaily
KUALA LUMPUR, 6 Mei:
Sejumlah 1,000 kenderaan bakal menyertai 'Konvoi Nasional Untuk Gaza' 8 Mei ini dari seluruh negara menuju ke Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam dan dijangka berkumpul di sana jam 5 petang.

Program tersebut adalah anjuran Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (Mapim) sebagai tanda sokongan padu kepada umat Islam yang berada di Gaza Palestin yang sedang ditindas Zionis Israel.

Antara pengisian di masjid negeri sepanjang program tersebut adalah ceramah khas ’Palestin Terkini’, solat hajat, pameran dan lain-lain.

Pada 24 Mei ini, kumpulan konvoi 20 kapal laut yang dikoordinasi oleh badan antarabangsa Free Gaza Movement dijangka akan bergerak dari pelabuhan Turki ke pantai Gaza untuk menghantar bantuan kemanusiaan kepada rakyat Gaza.

Menurut Setiausaha Agung Mapim, Mohd Azmi Abdul Hamid, Mapim sebagai sebuah wadah gabungan NGO Islam seluruh Malaysia sedang mengusahakan pengumpulan bantuan ubatan, makanan dan keperluan pendidikan yang bernilai RM1 juta untuk dihantar dari Malaysia bersama salah sebuah kapal tersebut.

"Menurut keputusan yang dibuat oleh Rabithah Ulama Palestin bahawa pembebasan Masjid Al-aqsa kiblat pertama umat Islam dan saudara yang terkepung di Gaza wajib fardhu ain dibebaskan oleh umat Islam seluruh dunia," katanya.

Tiada ulasan: