"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Hanya Lima Individu Dibenarkan Ziarah Sultan

KOTA BARU: Hanya lima orang sahaja buat masa ini yang dibenarkan menziarahi Sultan Kelantan, Sultan Ismail Petra yang kini sedang dirawat di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Krian dekat sini.

Bagaimanapun nama anakanda Sultan yang ketiga iaitu Tengku Temenggong, Tengku Muhammad Fakhry tidak terdapat dalam senarai tersebut.

Timbalan Ketua Polis Kelantan, Datuk Amir Hamzah berkata semalam, lima individu yang dibenarkan menziarahi Sultan ialah Raja Perempuan Tengku Anis Tengku Hamid; anakanda baginda, Tengku Muhammad Faiz Petra dan Tengku Amalin A'ishah Petra serta dua ahli keluarga terdekat.

Amir Hamzah berkata, dakwaan yang mengatakan Tuanku Sultan sedang ditahan di dalam wad adalah tidak benar sama sekali sebaliknya kawalan keselamatan yang ketat dikenakan berikutan insiden seorang pengawal Istana ditembak baru-baru ini.

Polis katanya sekadar melaksanakan titah perintah pemangku raja.

Semalam juga, ayahanda saudara kepada baginda Sultan Tengku Abdul Aziz Tengku Hamzah yang juga merupakan abang kepada Tengku Razaleigh Hamzah mempersoalkan kenapakah keluarga diraja negeri tidak dibenarkan menziarahi baginda.

Bagaimanapun berdasarkan titah Pemangku Sultan, Tengku Muhammad Faris, mereka yang ingin melawat Sultan perlulah mendapatkan kebenaran daripada baginda terlebih dahulu.

-tko-

Tiada ulasan: