"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Mahkamah Tolak Permohonan Habeas Corpus Benjy

KUALA LUMPUR, 5 MEI: Mahkamah Tinggi hari ini menolak permohonan habeas corpus pelakon Khaireyll Benjamin Ibrahim atau Benjy yang memohon pembebasannya daripada tahanan semula mengikut Seksyen 3, Langkah-Langkah Pencegahan Khas dan kawalan Akta dadah Berbahaya 1985.

Peguam Kanan Persekutuan, Najib Zakaria turut memaklumkan bahawa Benjy - anak lelaki tunggal pelakon veteran Azean Irdawaty itu yang berusia, 32 tahun itu, kini akan dtahan di pusat pemulihan akhlak di Muar, Johor selama dua tahun atas arahan menteri mengikut Seksyen 6 akta sama.

Mengikut Seksyen 3, seorang pegawai polis dibenarkan menangkap atau menahan seseorang tanpa waran bagi tujuan siasatan jika terdapat alasan untuk mempercayai bahawa orang itu terbabit dalam sebarang aktiviti pengedaran dadah.

Seksyen 6 adalah mengenai kuasa Menteri bagi mengarah penahanan bagi tempoh tidak melebihi dua tahun jika beliau puashati bahawa orang itu terbabit dalam pengedaran dadah.

Benjy, sebelum ini mengaku tidak bersalah terhadap tuduhan memiliki 0.24gm methamphetamine di rumah beralamat A-6-5 Menara Duta 2, Jalan 1/38B, off Jalan Segambut di Kuala Lumpur pada jam 4 petang, 11 Mac 2010.

Sejurus selepas membayar wang ikat jamin, dia ditangkap semula kerana didakwa terlibat dalam kegiatan pengedaran dadah.

Dalam permohonan yang difailkan pada 8 April lalu, Benjy menamakan Ketua Polis Negara, Menteri Dalam Negeri dan kerajaan sebagai responden serta memohon perintah agar dia tidak ditangkap semula setelah dibebaskan.

Dia juga memohon mendapatkan perisytiharan bahawa penangkapan dan penahanannya mengikut Seksyen 3(1) Akta Dadah Berbahaya (Langkah-langkah Pencegahan Khas) adalah salah, tidak sah dan terbatal serta berniat buruk.
-malaysiakini-

Tiada ulasan: