"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Media Barat kini anggap Anwar anti-Yahudi , BN Pro-Yahudi

Herman Samsudeen
Artikel ‘Anwar khianati kawan’ oleh Bernama disiarkan dibeberapa media milik BN dengan harapan dapat membongkar penglibatan Anwar dengan kumpulan pelobi Yahudi.

Namun selepas membaca artikel ini saya melihat misi media pro-BN gagal kerana dalam artikel berkenaan, mereka secara langsung membebaskan Anwar dari dakwaan pro-Yahudi dan kecaman hebat Rachel Motte dari akhbar Intenet The New Ledger telah melonjakan imej Anwar didunia Islam kerana berjaya memperkudakan agen-agen Yahudi yang selama ini menganggap Anwar rakan mereka.

Anwar hanya mengunakan mereka untuk mencari maklumat tentang apa yang Kerajaan BN buat sekarang. Jelas kini, pembelaan akhbar ‘The New Ledger’ ini terhadap APCO telah menunjukan bahawa siapakah rakan Yahudi-Israel yang sebenarnya. BN bermati-matian mengaitkan hubungan Anwar dengan pelobi Yahudi-Wolfowitz dan Al-Gore, namun akhirnya mereka gigit jari kerana Anwar nekad untuk menyerang Yahudi balik termasuklah mereka yang bekerjasama dengan kumpulan Yahudi ini iaitu BN.

Isu Apco menjadikan Anwar sebagai musuh baru dunia Yahudi, dimana kerana isu ini identiti Anwar yang selama ini dianggap pro-Yahudi terbongkar.

Beliau hanya mengambil peluang dan mempermainkan kumpulan-kumpulan dan individu Yahudi yang berpengaruh ini. Barat begitu hebat mengecamnya kerana serang Kerajaan BN-APCO.

Nampaknya BN yang tidak dapat menjawab isu APCO terpaksa mengunakan artikel pelobi Yahudi Amerika ini untuk serang Anwar. Mereka guna Yahudi kedua pula. Yang pasti rakyat kena tahu sekarang, siapakah kawan sejati Yahudi kini.

Pelobi Yahudi sudah istihar Anwar sebagai musuh mereka dan BN sebagai kawan mereka. Itu sudah cukup untuk memberitahu kita siapa kawan sejati Yahudi di Malaysia…BN-UMNO-APCO-Yahudi…susah sangat ker nak faham.

Mungkin kena panggil Rachel Motte atau Benjamin Netanyahu untuk peluk Najib dan umumkan BN lah wakil mereka di Malaysia baru rakyat akan faham.

Tiada ulasan: