"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

18 PenyelewenganTerkini Kes Anwar Ibrahim

dewa
SKRIP yang ditulis untuk mendakwa Anwar Ibrahim di mahkamah penuh dengan kepincangan. Di masa hadapan, apabila UMNO tumbang kelak, jangan terkejut sekiranya kisah ini dijadikan drama bersiri untuk tatapan generasi akan datang. Penulis selaku seorang peguam mendapati wujud tidak kurang 20 penyelewengan besar di sepanjang perjalanan kes pendakwaan terhadap Anwar ini. Sekiranya anda berhujah dengan ahli UMNO-Apco berhubung Anwar, insya-Allah anda tidak akan kurang modal selepas membacanya:

1. Laporan/Report Polis Saiful dirahsiakan

SUPAYA adil, kita bermula dari awal. Apabila media UMNO mula memainkan isu dakwaan liwat ke atas Anwar ini, Anwar dan peguam segera meminta salinan report polis yang dibuat oleh Saiful untuk pebelaan.

Lazimnya, apabila seseorang yang dituduh dengan sesuatu kesalahan meminta laporan polis yang dibuat oleh pengadu, ianya akan dibekalkan dalam masa seminggu ke dua minggu oleh pihak polis. Tanpa laporan pengadu, orang yang tertuduh sukar membela diri kerana apa yang didakwa pun tentulah tidak jelas.

Pengalaman penulis memohon laporan polis bagi membela anak guam membuatkan penulis hairan kerana penulis pernah beberapa kali mendapat laporan pengadu pada pagi yang sama penulis memohon.

Kenyataan terdahulu Hamid Albar bahawa laporan enggan diberi kerana pendakwaan belum dimulakan (ketika itu )secara rasmi tidak masuk akal kerana masyarakat maklum Anwar telah ditahan oleh polis, keterangannya telah diambil dan beliau perlu membela diri dan reputasinya. Ini meyakinkan masyarakat bahawa laporan polis belum ada dan perbincangan sedang dibuat berhubung inti laporan tersebut untuk mendapatkan tarikh dakwaan yang paling sesuai.

Alasan yang lebih tepat ialah skrip masih belum siap ketika itu. Jangan lupa bahawa pihak pendakwaan telah menukar-nukar tarikh tuduhan liwat ke atas Anwar sebanyak 3 kali dalam pertuduhan dulu tapi semua gagal. Pada salahsatu tarikh pertuduhan, banglo yang kononnnya digunakan Anwar untuk meliwat MASIH BELUM SIAP DIBINA!


Nampaknya kali ini, UMNO cuba berhati-hati dengan memastikan skrip pendakwaan lebih teratur.


2. Saiful tidak didakwa

SAIFUL langsung tidak didakwa sedangkan menurut skrip yang sedang dibacakan di mahkamah, Anwar dan Saiful melakukan seks liwat secara suka sama suka. UMNO tersilap lagi. Sekiranya seks liwat dibuat secara suka sama suka oleh kedua-dua pihak, mengapa Saiful tidak didakwa sama?? Inilah petanda ini suatu agenda UMNO. Contohnya, Kassim dan Aminah melakukan seks luar nikah secara suka sama suka. Adakah masuk akal Kassim dipanggil sebagai saksi untuk mendakwa Aminah atas kesalahan zina sedangkan Kassim dilepaskan?? Patutnya, kalau benar Saiful dan Anwar homoseks, dua-dua patut didakwa. Nampak sangat permainan UMNO ini.

3. AIR MANI DALAM BONTOT

Pembaca semua janganlah tertipu. Hujah kononnya air mani Anwar ditemui dalam bontot Saiful ini senang saja nak dipatahkan. PERTAMA, kita harus faham yang dimiliki oleh pihak pendakwaan bukanlah air mani Anwar dalam bontot Saiful tetapi suatu laporan yang dibuat oleh doctor kerajaan kononnya air mani Anwar ada dalam bontot Saiful.

Pelbagai laporan dan pengesahan doctor sebelum ini mengesahkan bahawa bontot Saiful tiada kesan koyak dan Saiful tidak pernah diliwat. Hendak mendapatkan apa jenis laporan pun dari doctor kerajaan tidak susah sebenarnya. Kalau kerajaan telus, tentulah doctor pakar atau pihak ketiga yang neutral dipanggil untuk memastikannya.

KALAU kita guna kepala otak kita pun, kita akan rasa pelik dengan dakwaan ini kerana mustahil Saiful tidak membuang air besar selama beberapa hari untuk memastikan air mani Anwar ada di bontotnya.

JIKA kita fikirkan lagi, bukankah pelik sekiranya Saiful yang sudah bertunang membiarkan dirinya diliwat oleh Anwar secara rela TANPA MEMAKAI KONDOM??

Kalaupun Saiful biol dan merelakan bontotnya diliwat, bukankah lebih munasabah untuk menggesa agar kondom dipakai? Adakah dirinya tidak takut kena HIV? Sekiranya kondom dipakai, bukankah sepatutnya tiada air mani??

RINGKASNYA, kalau kita guna bahasa kasar yang senang difahami oleh pengundi UMNO Hulu Selangor, macam mengandung tanpa seks!!

4. PERTEMUAN SULIT SAIFUL-NAJIB

Pada mulanya, Najib mendakwa tidak pernah berjumpa Saiful. Kemudian, Najib mendakwa pula bahawa najib pernah berjumpa Saiful 2 bulan dulu di pejabat untuk membincangkan biasiswa. Kemudian, Najib berkata pula bahawa Najib telah berjumpa Saiful 2 hari sebelum laporan polis dibuat untuk membincangkan biasiswa. Tiba-tiba, Najib mendakwa pula Najib telah memegang tangan Saiful yang kesejukan 2 hari sebelum laporan polis dibuat di rumah Najib sendiri apabila Saiful yang kononnya ketakutan datang mengadu diliwat. BUKANKAH WUJUD BANYAK KEPINCANGAN? Sepatutnya, Najib dan UMNO reka skrip betul-betul dulu supaya tak Nampak sangat bodohnya. Pertemuan Saiful-Najib dan kenyataan berbelit Najib ini menjadi motif jelas akan niat UMNO hendak menganiayai Anwar.

5. NAJIB TIDAK DIPANGGIL

LOGIKNYA, sekiranya Najib merupakan orang yang awal dimaklumkan oleh Saiful bahawa bontotnya telah diliwat oleh Anwar, bukankah lebih munasabah sekiranya Najib disepina dan dipanggil sebagai saksi ke mahkamah? Tindakan tidak memanggil Najib ialah petanda jelas bahawa ada benda hendak dirahsiakan.

6. Sikap Pelik Polis

Kesunggguhan pihak polis yang beriya-iya bersubahat dan menangkap Anwar sebelum tempoh cukup dicurigai. Sesuatu yang cukup memalukan apabila pihak polis memungkiri janji dan menangkap Anwar sebelum tempoh yang diberikan tamat. Tempoh diberi sehingga pukul 2 petang tetapi Anwar ditangkap sekitar pukul 1 petang.

Jangan lupa bahawa bekas ketua polis sendiri, rahim Noor telah membelasah Anwar separuh mati sewaktu ditahan didalam lokap dahulu.

7. Skrip Kepimpinan UMNO seragam

Apabila Pak Lah yang merupakan bekas Perdana Menteri ketika itu diminta mengulas berhubung dakwaan kali kedua oleh kerajaan dalam kes Anwar, Pak Lah dengan segera berkata bahawa memanglah penjenayah akan menafikan kesalahannya.


Belum pun perbicaraan bermula, Anwar sudah disabitkan sebagai pesalah oleh Pak Lah. Pada masa yang sama, apabila Pak Lah diminta mengulas berhubung dakwaan ke atas najib dan Rosmah, Pak Lah dengan segera menyatakan bahawa Pak Lah berkeyakinan penuh bahawa Najib dan Rosmah tidak bersalah dalam pembunuhan kejam Altantuya. Jika Mahathir dikaitkan dengan konspirasi perlantikan hakim, Pak Lah ketika itu selangkah ke hadapan dengan melantik dirinya sebagai hakim tidak rasmi.


Inilah tindakan bekas pemimpin UMNO yang kini dibongkar sebagai telah menyerahkan kedaulatan Malaysia dengan penyerahan 2 telaga minyak bernilai RM 320 billion kepada Brunei, oleh Tun Mahathir.

8. UMNO gesa Anwar serahkan DNA

DNA Anwar sudah lama dimiliki oleh pihak polis berikutan siasatan kes lamanya. Paten DNA tidak akan berubah. Justeru DNA baru tidak diperlukan melainkan jika hendak digunakan sebagai bukti palsu yang hendak dicalit dibadan pengadu. Tindakan terdahulu Khairi dan Pak Lah yang berulangkali menuntut Anwar memberi DNA barunya menimbulkan tanda tanya berhubung tujuan mereka. Apabila Anwar mendedahkan perkara ini di dalam muka depan Suara Keadilan, Pak Lah dan Khairi diam membisu. Kalau anak dara yang diam, ini bermakna anak dara tersebut setuju dengan pinangan. Justeru, diamnya Pak LAh dan Khairi seakan mengiyakan persepsi masyarakat bahawa inilah tujuannya.

9. Saiful Kempen untuk UMNO!

Adakah ia satu kebetulan? Adakah suatu kebetulan Saiful mengangkat sumpah betul-betul sewaktu pilihanraya kecil atau demi memberi kelebihan moral kepada UMNO? Tindakan Saiful yang berkempen untuk UMNo ini suatu petanda jelas akan mala fide atau niat jahatnya. Bagaimana mahkamah masih hendak meneruskan kes ini sedangkan saksi No.1 dalam kes ini jelas sedang berkempen untuk pihak UMNO??

10. Laporan Pusrawi Diabaikan

FAKTA bahawa seorang doktor, meskipun bukan doktor pakar kes liwat, telah melihat lubang punggung Saiful dan tiada sebarang kesan koyakan atau apa-apa tanda diliwat adalah relevan. Meminjam istilah yang selalu digunakan di dalam kes-kes berkaitan Puspakom, pemeriksaan yang dibuat adalah pemeriksaan mata kasar.


Meskipun begitu, ianya tetap relevan dan keterangan sudah cukup untuk menimbulkan keraguan munasabah. Pejabat Peguam Negara selama ini tidak membuat pendakwaan melainkan yakin dengan tahap 90% bahawa tertuduh memang bersalah dan bukti-bukti yang ada benar-benar kuat.

11. Bukti alibi Anwar DiHalang

Kepincangan dalam kes ini semakin menjadi-jadi apabila pihak polis berkeras meminta DNA baru Anwar sedangkan bukti alibi Anwar tidak dikaji. Sepatutnya, polis menyerahkan laporan Saiful kepada Anwar supaya Anwar boleh membela diri dengan menjelaskan di mana Anwar berada pada tarikh yang didakwa Saiful berlaku liwat tersebut.


Seterusnya, alibi Anwar perlu disiasat. Sebagai contoh, KJ mendakwa punggungnya telah saya liwat pada pukul 11 malam , 20 Julai 2008 di Hotel Sunway. Saya akan memaklumkan bukti alibi saya pada waktu itu. Contohnya, saya menyatakan bahawa pada waktu tersebut, saya menghadiri ceramah Ustaz Hadi di markas Pas.


Terdapat lebih 20 kawan saya yang boleh membuktikan kehadiran saya. Justeru, mustahil saya meliwat KJ. Apabila pihak polis selesai menyoal alibi-alibi saya dan berpuas hati bahawa saya mustahil meliwat Antihusam, siasatan patut ditamatkan. Begitulah juga dalam kes Anwar.


Untuk membela diri, tentulah mudah sahaja. Dalam kes Anwar ini, Anwar boleh merujuk sahaja semua rakaman CCTV di kawasan tersebut. Malangnya, permohonan simple Anwar untuk mendapatkan rakaman penuh CCTV inipun dibantah dan dihalang oleh pendakwaan. Begitulah busuknya hati UMNO.

12. Campurtangan Ghani Patail

UMNO ke sana ke sini membuat kenyataan bahawa kes Anwar tidak akan diuruskan oleh Pejabat Peguam Negara kerana Peguam Negara sendiri sedang disiasat berhubung dakwaan rasuah dan penyelewengan kuasa yang dibuat oleh Anwar. Pendakwaan akhirnya dibuat oleh Peguam Cara Negara. Masyarakat sedia maklum bahawa pendakwaan masih akan diteruskan oleh Pejabat Peguam Negara sekalipun diketuai oleh Peguam Cara Negara. Adalah pelik bin ajaib untuk mendakwa Pejabat Peguam Negara tidak akan dipengaruhi oleh Peguam Negara. Nama pun Pejabat Peguam Negara.

Cukup pelik hendak membayangkan tiada campurtangan. Siapa peguamcara Negara?? Apa tugasnya?? Menurut web rasmi, Peguam Cara Negara berfungsi membantu Peguam Negara apabila Pendakwa raya tidak berkeupayaan. Terdapat laporan polis berhubung salahlaku Ghani Patail dan Musa Hassan dalam kes terdahulu yang melibatkan Anwar.

Apakah kita benar-benar yakin bahawa Peguam Cara Negara yang selama ini berfungsi sebagai penolong Ghani Patail akan benar-benar bebas??

13. Laporan HKL

Timbul isu sikit waktu dulu bahawa laporan rasmi HKL turut bocor dan laporan tersebut menyatakan bahawa Saiful memang tiada tanda-tanda diliwat dan mustahil Saiful diliwat. Ini menunjukkan Saiful tidak ikhlas membantu BN. Sekiranya Saiful komited membantu BN, Saiful sepatutnya pergi ke Lorong Haji Taib dan menyuruh pondan-pondan di situ meliwatnya beberapa kali agar kesan liwat ketara. Ini menunjukkan perancangan lemah BN dan ketidak ikhlasan Saiful dalam membantu BN.

14. Isu motif dan tujuan

Kes ini menimbulkan keraguan yang cukup banyak apabila kepimpinan UMNO seperti Najib mengakui telah berjumpa dengan Saiful sebelum saiful membuat laporan polis. Adalah menjadi pengetahuan umum bahawa Anwar adalah musuh politik UMNO. Justeru, polis sepatutnya menyiasat kebarangkalian berlakunya konspirasi dikalangan UMNO untuk menganiayai Anwar seperti yang pernah dibuat sebelum ini. Sebelum ini, mahkamah telahpun membebaskan Anwar dari tuduhan liway yang dijaja oleh UMNO berdasarkan sekeping surat layang.

Yang lebih utama ialah motif Saiful. Wujudnya berdozen-dozen gambar mengesahkan pelbagai PERTEMUAN SAIFUL DENGAN KEPIMPINAN UMNO selama ini. Bukan satu atau dua tapi berdozen-dozen. Bukankah ini menzahirkan motif jahat dari pihak Saiful??

15. Cerita Saiful tak konsisten.

Saiful pula mulanya mendakwa diliwat pada 26 haribulan di sebuah kondo di Malaysia. Apabila Anwar kelihatan mempunyai bukti alibi yang kukuh, saiful menjadi terdesak. Kemudian, Saiful menyatakan pula bahawa dia telah 3 kali menemani rombongan Anwar ke luar negara dengan memberi “hint” bahawa dia kononnya telah diliwat-liwat di luar negara beberapa kali. Ini menimbulkan pelbagai tanda Tanya. Mengapa seorang lelaki yang kelihatan tinggi dan sihat seperti Saiful membiarkan dirinya diliwat-liwat beberapa kali dan terus menemani Anwar ke mana saja. Sebagai contoh, jika saya diliwat oleh sesiapa, saya akan trauma dan akan segera menjauhkan diri dari orang tersebut. Cerita Saiful tidak konsisten!

16. Saiful Mangsa Liwat Paling Ceria

Saiful juga sentiasa kelihatan ceria. Demi Allah, selama saya bekerja sebagai peguam, belum pernah sekalipun saya menemui mangsa rogol atau mangsa liwat yang kelihatan begitu ceria. Mangsa kes serangan seksual akan trauma, malu dengan masyarakat, rasa rendah diri dan biasanya mengalami kemurungan. Ini berbeza benar dengan Saiful.


Sekiranya Saiful memang seorang yang sangat positif, mustahil dia akan membiarkan bontotnya diliwat beberapa kali oleh Anwar seperti yang didakwanya.


17. Anwar Seorang Lelaki Tua

Saiful juga seorang lelaki. Tidak semudah itu hendak menembusi lubang punggung seorang lelaki. Asalkan Saiful mengeraskan bontotnyanya, mustahil Anwar dapat meliwatnya. Sekiranya Saiful benar-benar hendak diliwat, dua atau tiga orang lelaki gagah diperlukan untuk memegang Saiful dan lubang punggung saiful perlu disapu minyak terlebih dahulu sebelum diliwat. Sekiranya ini yang berlaku, mustahil Saiful akan terus mengikut Anwar ke sana sini sehinggalah menemani rombongan Anwar ke luar negara sebanyak 3 kali.

Sebagai kesimpulan, kes Anwar Ibrahim ini tidak layak dibawa ke mahkamah untuk pendakwaan. Sekiranya saya ialah hakim bagi kes tersebut, saya akan melempar fail pendakwaan ke lantai kerana terlalu banyak kepincangan. Sayangnya, kes Anwar ini dibiarkan berlanjutan sekadar untuk memburuk-burukkan imej Anwar dan Pakatan.

Saya khuatir, jika UMNO terus menzalimi rakyat Malaysia termasuk Anwar, Malaysia akan menjadi lebih huru-hara berbanding Thailand suatu hari nanti. Jangan lupa bahawa sewaktu Anwar dibelasah separuh mati dalam lokap dahulu, penyokong Anwar ingin merusuh tetapi Anwar yang cintakan keamanan mengarahkan semua agar jangan merusuh. Nampaknya UMNO-Apco tidak pernah insaf..

18. Dibogel dan Diaibkan

Jangan lupa betapa Anwar Ibrahim diaibkan semula apabila dibogelkan dihospital lalu diukur alat kemaluannya. Begitulah jahatnya pihak UMNO. Tidak cukup membelasah separuh mati dalam kes terdahulu, kini ingin diaibkan pula. Kepada mereka yang akrab dengan ahli UMNO, berjati-hatilah.. Golongan jenis ini tidak was-was hendak memfitnah, memalukan dan menganiaya sesiapa.

Bak kata Tok Guru: Pergi Jahanam Dengan Umno!!

Tiada ulasan: