Saman itu dibuat melalui Tetuan M Manoharan & Co, menamakan Konstabel Razlan Mohd Khairi dan Koperal Abdul Wahab Ishak, sebagai defendan pertama dan kedua, manakala Ketua Polis Daerah Klang, Asisten Komisioner Mohamad Mat Yusof; Ketua Polis Selangor, Datuk Khalid Abu Bakar; Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan dan Kerajaan Malaysia, sebagai defendan ketiga, keempat, kelima dan keenam, dalam writ saman itu.
Pada kejadian itu, Siti Nusrinda mendakwa cedera di bahgian pinggang manakalasebutir lagi peluru mengenai tudungnya.
Selain itu, Siti Nusrinda juga menuntut agar anggota polis yang menembaknya dan Mohd Daud yang merupakan tunangnya ketika itu, menjalani kerja-kerja khidmat masyarakat selama dua tahun.Katanya, tindakan itu sebagai pengajaran kepada anggota polis berkenaan supaya tidak lagi mengulangi kesilapan mereka.
Saman itu difailkan oleh peguamnya, M Manoharan, yang juga ahli dewan undangan negeri Kota Alam Shah.
Sebuah kereta peronda kemudiannya menghampiri mereka sambil menyalakan lampu beberapa kali. Pasangan itu mendakwa mereka ketakutan dan terus memecut.
Pihak polis dilaporkan terus mengejar dan tanpa amaran terus melepaskan beberapa tembakan.
Sebutir peluru menembusi kerusi penumpang dan mencederakan Siti Nusrinda di bahagian pinggangnya.
Mohd Fauzi yang memandu kereta itu kemudiannya memberhentikan kenderaan itu dan diberitahu mereka disiasat kerana memecut, berkhalwat dan menghalang tugas polis.
Mereka mendakwa, kedua-dua anggota polis keluar dari kereta peronda dan terus mengacukan pistol mereka ke arah mereka.
Sehubungan itu, sebagai plaintif, mereka memplidkan kedua-dua defendan pertama dan kedua cuai dan gagal dalam menjalankan tugas mereka sebagai anggota polis yang bertanggungjawab selain mereka tidak mengendahkan langsung kepentingan nyawa plaintif dan orang awam.
-malaysiakini-
Tiada ulasan:
Catat Ulasan