"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Adun Kuala Nerang, dijangka sertai PAS meskipun di persimpangan

Abdul Rahman Hashim
Dato' Syed Sobri Syed Hashim ADUN Kuala Nerang kini sedang dijejaki oleh wakil-wakil media untuk mendapatkan pengesahan darinya tentang ura-ura beliau akan membuat pengumuman meninggalkan BN menyertai PAS hari ini.

Menurut sumber yang rapat dengan beliau memberitahu bahawa wakil rakyat BN itu kini sedang berada di Pejabat Majlis Daerah Padang Terap menghadiri satu majlis yang diadakan di sana.

Difahamkan di samping beliau turut disertai oleh para penyokongnya yang lengkap dengan pakaian 'Kedah Sejahtera' yang sering dipakai oleh penyokong-penyokong PAS negeri ini.

Tidak dapat dipastikan samada beliau akan membuat pengumuman selepas majlis tersebut. Sementara itu difahamkan juga sehingga kini belum ada pemimpin tertinggi UMNO peringkat negeri mahupun di peringkat pusat yang dapat menghubungi beliau.

Kegagalan menghubunginya kerana beliau dikatakan telah menggunakan telefon yang tidak dimiliki oleh sesiapa pun melainkan kawan-kawan rapatnya sahaja. Debaran semakin memuncak kerana Syed Sobri dikatakan begitu kecewa dengan UMNO, manakala PAS melihat perkembangan ini sebagai sesuatu yang positif untuk kekuatan partinya yang sedang memerintah kerajaan Negeri Kedah Darul Aman.

Tiada ulasan: