"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

KeADILan tidak akan lumpuh sekalipun Anwar di penjara

Mohd Rashidi Hassan
KeADILan diganyang begitu hebat mutakhir ini. Banyak isu panas dibangkitkan media tali barut Umno-Barisan Nasional, antaranya, isu kerajaan negeri Selangor, lompat parti, isu kepimpinan KeADILan, disebarkan oleh bekas-bekas kepimpinan dan ahli parti yang telah keluar.

Media cuba membentuk persepsi bahawa KeADILan akan hancur dan masa depannya dipertikaikan. Apakah situasi yang sebenar di sebalik semua dakwaan ini. Ikuti wawancara HARAKAH, bersama Setiausaha Agung, Parti KeADILan Rakyat yang juga Ahli Parlimen Machang, Saifuddin Nasution Ismail di Lobi Parlimen 5 Julai lalu.

HARAKAH : Mutakhir ini, KeADILan diserang cukup hebat terutamanya dalam isu Kerajaan Negeri Selangor, isu perpecahan kepimpinan dan isu lompat parti, boleh saudara jelaskan apa sebenarnya yang berlaku, bagaimana KeADILan boleh bertahan dengan kedaan ini?

SAIFUDDIN :
Parti ini (KeADILan) adalah parti yang tumbuh dan digambarkan kerana untuk menyelamatkan Dato' Seri Anwar Ibrahim, ketika berlakunya kemelut dalaman Umno dan pemecatan Anwar pada tahun 1998. Parti ini menghadapi serangan yang panjang sejak mula ditubuhkan.'Point' yang saya nak tekankan ialah KeADILan masih wujud sebagai parti. Sebab apa? Sebab KeADILan memulakan 'new politic' (politik baru) yang lebih segar dan relevan untuk massa. Apa itu 'new politic' yang KeADILan bawa, ialah, ia ada satu penjelasan budaya politik baru yang paling ketara yang membezakan antara KeADILan, Pakatan Rakyat dan kerajaan negeri.

Dalam isu kerajaan ini KeADILan ambil pendekatan ialah, kita bertanggungjawab kepada rakyat, jika hendak tegur Menteri Besar, tegurlah, kita tidak kisah. Jika hendak tegur bahawa Exco tidak 'competence' tegurlah, tidak ada masalah. Apa pun tiada halangan, tetapi bila datang kepada isu parti, ini kita kena selesaikan cara dalam parti. Inilah yang kini tak menjadi amalan kepada Umno-BN.

Sebab itu kita lihat Tan Sri Muhyiddin Yassin baru-baru ini ketika berucap dalam merasmikan satu mesyuarat Umno Bahagian di Johor, beliau beri amaran kepada rakyat jangan kritik dasar kerajaan.

Kita boleh lihat ini satu tindakan yang tidak terbuka, ini dia sebut ketika rasmi mesyuarat itu Muhyiddin selar sikap orang Melayu yang selar dasar kerajaan dan sokong Pakatan Rakyat.

Ini isu dasar kerajaan, tidak boleh pertikai langsung beratlah. Kita Pakatan Rakyat bertanggungjawab kepada rakyat. Dalam isu parti saya hendak minta sesiapa yang tidak berpuas hati dengan isu dalaman parti, mereka boleh suarakan kepada kepimpinan mengikut saluran. Itu amalan politik baru yang kita buat, dengan segala macam media Umno beri gambaran kononnya banyak pergelutan dalaman yang tak berkesudahan KeADILan.

Juga diberi gambaran tak ada 'clear succesion plan', sebab itu Dato' Seri Anwar Ibrahim ditanya siapa yang akan ganti beliau? Mohamed Azmin Ali ke, Zaid Ibrahim ke? Ini digambarkan dan warnakan kepada KeADILan, untuk itu saya rumuskan saya optimis bahawa KeADILan lalui sepak terajang sepanjang 12 tahun yang lebih berat. Kalau kita boleh lalui 12 tahun apa yang halang KeADILan kita teruskan untuk tahun-tahun ke depan.

Bagaimana KeADILan dapat melepasi tekanan pada saat awal penubuhan?

Pada awalnya, ia ditubuhkan ketika Anwar dikenakan tindakan oleh Umno, ramai yang tidak tahu bahawa yang sertai KeADILan ini, bukan nama besar. Dalam sejarah penuhan parti tiada nama besar kawan-kawan Anwar yang ikut serta ketika Anwar kena tindakan 1998, tak ada seorang pun Menteri, ahli Majlis MT atau Ketua bahagian Umno yang sertai Anwar, cuma seorang sahaja Ketua Pemuda bahagian Umno Teluk Intan 1998, Hamdan Taha tetapi sertai Umno semula, tidak ada seorang pun exco wanita, tetapi 3 exco pemuda Dr Abdul Rahim Ghouse, Roslan Kassim yang kembali semula kepada Umno dan kemudian sertai Perkasa, dan Saifuddin Nasution yang masih kekal.

Ketika itulah parti KeADILan ini ditubuhkan, siapa yang sertainya, aktivis sosial, pekerja, golongan pertengahan, NGO, golongan marhaen, dan, anak muda serta rakyat yang menggerakan reformasi.

Ketika Anwar dalam perjuangannya bergelut dengan Tun Mahathir Mohamad pada tahun 1998, tak ada orang yang dalam Umno hendak sertai Anwar ketika itu, maka parti ini terus bergerak dan dicorakkan oleh kelompok NGO, aktivis sosial, kalangan pencen, sahaja.

Selepas beberapa tahun barulah adanya nama Dr Syed Husin Ali, Dato' Zaid Ibrahim, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, Dato' Dr Tan Kee Kwong dan sebagainya.

Apa yang saya nak beritahu ialah pada peringkat awal sangat perit untuk dilalui, dalam mana-mana parti peringkat paling sukar ialah peringkat awal sebab tak tahu bagaimana hendak hadapi, namun akhirnya kami berjaya hadapi dan kini semakin kuat.

Yang orang lupa ialah awal penubuhan sebagai waktu paling sukar, jika kekuatan KeADILan nak dibilang dengan kerusi, bermula Pakatan Rakyat, 31, DAP 28 dan PAS 23 di Parlimen. Kini ada 25 Parlimen dan lebih kurang 40 Dun, apakah Anwar main politik 'divide and rule'?


Tidak, tetapi 'mutiply rule', dia 'grooom more people'. Di sebalik banyak masalah ini saya optimis, saya tengok KeADILan akan kekal menjadi parti yang akan bertahan menghadapi cabaran.

Isu berubah ikut massa, sekarang ini serangan ke atas Selangor kerana ada kepentingan yang sangat tinggi, Selangor ini sebagai satu negeri yang sangat ditumpukan dan penting kepada Umno-BN kerana kini pula Pengerusi Perhubungan Umno Selangor dipegang oleh Dato' Seri Najib Tun Razak sendiri selaku Presiden Umno. Mereka serang Selangor habis-habisan mereka harapkan agar Selangor tumbang kerana apa yang penting bagi mereka ialah, Najib selaku Pengerusi Umno Selangor.
Baca selanjutnya di sini.

Tiada ulasan: