"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

DAP: Gubal undang-undang lindung ibu bapa berusia

DAP mahu kerajaan melaksankan Akta Penjagaan Ibu bapa 1996 yang diguna-pakai di Singapura demi menjamin masa depan ibu-bapa yang berusia di negara ini.

Naib pengerusi DAP yang juga ketua negeri Perak, M Kulasegaran berkata undang-undang di Singapura itu membawa hukuman penjara enam bulan ke atas anak-anak yang menyebabkan ibu-bapa yang berusia mereka dalam keadaan terbiar.

Kulasegaran berkata konsep keluarga di negara ini semakin terancam berikutan ada sesetengah anak-anak yang tidak lagi menganggap ibu-bapa yang berusia itu sebahagian daripada keluarga mereka.

Sebagai contoh, katanya, jumlah mereka yang berusia yang ditinggalkan di rumah-rumah kebajikan dan juga di jalanan semakin menggusarkan.

Beliau juga mendakwa lebih menyedihkan apabila ada anak-anak yang tergamak menuduh ibu-bapa mereka sebagai kurang siuman dan menghantar mereka ke hospital sakit jiwa.

Menurut Kulasegaran, kerajaan juga perlu berperanan membekalkan makanan dan tempat tinggal kepada golongan yang berusia, termasuk menjaga kesihatan dan tahap mental mereka.

“Kerajaan juga perlu sentiasa membekalkan bantuan perubatan kepada golongan berusia dengan menghantar doktor dan jururawat yang dilatih khas ke rumah orang-orang tua, baik yang dimiliki kerajaan mahupun swasta,” katanya.
-malaysiakini-

1 ulasan:

PiDoT_OtAi berkata...

sebagai anak,kena amik ni sebagai peringatan.. tak kemana kalu menderhaka ibu bapa ni.. dunia lagi tak selamat akhirat apatah lagi.. jagalah mereka sepertimana mereka menjaga kita sejak dari kecil.. redha Allah atas redha ibu bapa