"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Liwat II: Anwar tarik rayuan mohon hakim undur

Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menarik balik rayuan berhubung keputusan Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, Datuk Mohd. Zabidin Mohd. Diah menolak permohonannya agar menarik diri daripada mendengar kes liwatnya.

anwar at federal syariah court 100310Bercakap pada sidang media di lobi Parlimen, Anwar berkata “menukar seorang hakim tidak akan menukar sistem kehakiman Malaysia.”

Rayuan berkenaan sepatutnya didengar oleh Mahkamah Rayuan pada Jumaat ini.

Peguam Anwar sebelum ini membidas 'kecekapan' pihak pendaftar Mahkamah Rayuan yang memberikan tarikh mendengar permohonannya itu dengan begitu cepat.

Mereka mendakwa ia bukan sesuatu yang lazim bagi mahkamah menetapkan tarikh mendengar permohonan sebelum petition difailkan.
-malaysiakini-

Tiada ulasan: