"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Hata NUJ jual tanah RM1.2 juta untuk menubuhkan akhbar bebas

Presiden Kesatuan Wartawan Kebangsaan (NUJ) Hata Wahari yang sedang bergelut dengan siasatan dalaman oleh majikannya Utusan Melayu (M) Berhad kini berazam menubuhkan akhbar sendiri yang benar-benar bebas, beretika dan profesional.

Untuk tujuan itu, beliau malah menjual tanah seluas RM1.2 juta milik keluarganya di Mentakab, Pahang yang kini merupakan ladang ternakan lembu.

"Ini bukan akhbar politik. Kita mahu tunjukkan sebuah akhbar sebenar yang bebas, beretika dan profesional serta tidak memihak kepada mana-mana pihak," katanya yang menjadikan kebebasan media sebagai agenda utamanya di NUJ.
-malaysiakini-

Tiada ulasan: